Posts

Showing posts from November, 2012

Update Survey Nuffnang

Image
As-salam, Sudah 1 tahun saya buat blog aynoranur.com . Macam-macam yang saya tulis dan kongsikan. Daripada korean drama, tips dan panduan, tutorial, petua lama, resipi, kisah2 peribadi dan juga himpunan mutiara kata. Kalau malas sangat pun tampalkan gambar untuk 'wordless wednesday'. Jadi, dengan ini dengan rasa rendah hati dan tangan dan mata terbuka, saya minta you alls bagi feedback kat kotak survey nuffnang di sebelah kanan ni, jawab dengan terus terang pilihan bahan bacaan atau entri yang korang baca dari blog ini. Sebabnya, saya nak perbaiki entri saya dari semasa ke semasa. Tak mau ditakuk lama aje. Nanti you alls bosan, betul tak? Takut lagi kalau tuan blog yang bosan, mau tutup tak berupdate blog ini nanti... Okey my dear followers, do the best ok! p/s: Sesekali korang kliklah iklan nuffnang kat dalam blog ini, sayang korang berganda-ganda. Dan sesungguhnya perniagaan adalah perkongsian..

Giveaway For Followers

Image
As-salam, Ketika sedang blogwalking sebentar tadi, mata ni ternampak pulak satu segmen/giveaway yang mengancam...banner pun menarik. Jadi, tanpa tunngu lama, terus ikut serta. Support blogger lain yang buat segmen.   'Giveaway For Followers' ini adalah segmen/giveaway gabungan antara blogger2 berikut: fizgraphic.com azhafizah.com duniashida.com kisahemasputih.com      Dan, antara syarat penyertaan giveaway ini adalah: 1. Buat satu entry dan letakkan banner giveaway ini (backlink kan ok) 2. Letakkan link sponsors dalam bloglist dan di alu-alukan follow juga :) 3. Publish entry dan submit dikomen entry ini. SIAP! mudahkan?? Jangan lepaskan peluang anda, sila klik banner untuk keterangan lanjut. p/s : Meh ramai-ramai kita sokong blogger 1Malaysia! Yeah!!

Pertarungan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 3

Image
As-salam, Malam nanti 11 kumpulan yang masih belum tersingkir dalam MLM 2012 akan di ketahui kumpulan mana yang bakal tersingkir. Kalau ikut format lama, mungkin 3 kumpulan sekaligus akan dikeluarkan. Dan, kalau ikut perkiraan kepala otak saya yang tak berapa lawak, saya jangkakan kumpulan yang bakal tersingkir malam nanti adalah:- 1. DADIDU 2. PMAI 3. R2 Itu hanya jangkaan. Tak semestinya betul, kan?   **kumpulan SHIRO antara yg lawak...  Bagaimana pendapat korang? Jom main teka teki. p/s : Tetap menyokong sesiapa yang bijak berlawak! Bukan lawak kosong ye...

Jangan Double Standardkan Pelajar Dari Luar Bandar

As-salam, Tiga tahun lepas saya membawa anak saya mendaftar ke sebuah sekolah di pinggir bandar. Keputusan exam anak saya not so bad, dapat  straight A untuk semua subjek sekolah rendah. Namun cikgu/kerani yang menguruskan kemasukan kelas memandang sinis dan enggan masukkan anak saya ke kelas pertama. Tapi kerana semua kelas dah penuh, akhirnya anak saya terpaksa dimasukkan kelas pertama juga! Bila tiba exam akhir tahun, anak saya yang datang dari sekolah luar bandar dapat result semua A dan dapat tempat ke 3 daripada seluruh pelajar darjah 3 yang berjumlah dekat 200 orang. Masa tu kami terpaksa berpindah duduk rumah sendiri di bandar kerana saya mahu sambung MBA di IPTA awam yang dekat dengan rumah. Dan kini, selepas 3 tahun berlalu anak saya mendapat semua A untuk subjek UPSR dia. Itu sebabnya, jangan pandang rendah keupayaan pelajar dari sekolah luar bandar...mereka semua daripada baka yang baik dan menggunakan alat yang sama untuk belajar iaitu OTAK. Kita hanyalah ...

Aku Seorang Penulis Bebas...

Image
As-salam, Korang perasan tak kat atas ni ada widget bertajuk @ AKU.SEORANG.PENULIS . dan ada slide pasal karya-karya amatur saya yang macam apa2 entah!! Oh ya, kerana hari ni saya malas nak buat entri, maka saya copy paste karya2 saya sendiri untuk bacaan umum...tak da salah kan? Tapi jangan salah faham, saya hanya copy paste link urlnya aje... MY LOVE CEO 1   MY LOVE CEO 2 MY LOVE CEO 3 MY LOVE CEO 4 MY LOVE CEO 5   Yang selebihnya kena tengok kat blog itu lah ya... Sebenarnya saya ada menulis rencana, cerpen, puisi dan diterbitkan beberapa majalah di negara kita. Tapi disebabkan ketika itu masih bersekolah dan berada di U, saya tidak ambil endah tentang nak fotostat ataupun buat simpanan. Rugi kan? Kalau tidak profile saya dah agak bagus jugak kan? Mungkin tak ada rezekiu, lagipun saya menulis bukan kerana nama... p/s: Tiada penyesalan disini, kerana ia sekadar hobi...

Tips Bawang Putih Tahan Lebih Lama

Image
As-salam, Mungkin ada yang tengah masak sekarang ni. Tiba-tiba bawang putih pulak busuk dan lembik. Korang jangan panik, ok...cuba tips berikut:   Untuk elakkan bawang putih dari busuk, leraikan bawang putih dari labunya. Insya'Allah ia akan tahan lama dan tidak busuk. Kenapa macam itu ek? Mungkin sebab pada labu bawang putih tu kan ada akar dan akar tu bercampur dengan tanah pada masa ia di tanam dan agak lembap. Tu sebabnya ia cepat busuk. p/s : Koleksi petua lama yang lain, boleh jenguk kat sini .

Kita Yang Tinggal...

Image
As-salam, Selamat pagi blogger semalaysia dan rakan2 sekalian, mari kita kongsikan benda yang simple ini tetapi ia sebenarnya pembuka kepada nilai kehidupan yang cukup bermakna. Sumber facebook  Kita ada di dunia ini kerana kasih sayang mereka. Biarpun dalam kebencian, ataupun penuh kesusahan, mereka secara tak sedar sebenarnya telah merelakan dan reda dengan apa yang diberikan untuk kita \di sepanjang hayat kita. Renung-renungkanlah! p/s: AlFatihah buat ibu dan ayahku biarpun kamu telah terpisah dunia antara sama lain, tetapi zuriat yang ditinggalkan adalah bekalan yang kekal...  

Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha

Image
As-salam, Atas jemputan penganjur, saya senang hati support segmen dia ,  Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha. Jangan lupa FOLLOW BLOG & SHARE G+ dia ye, itu saja syaratnya. Yang lain2 tu macam biasa, tampal banner macam kat bawah ni.   Bagi sesiapa yang sedang baca blog saya ni dan ternampak segmen ni, jom join dan support Farisha... p/s: Suka tambah kawan tapi musuh tak mau tau...

Himpunan Mutiara Kata Daripada Para Sahabat Nabi

Image
As-salam, Hidup kita memang selalu indah. Apabila kita berbuat kebaikan, insya'Allah ada orang lain yang membalas perbuatan baik tersebut. Sambil kita melayari kehidupan ini, mari kita renung-renungkan himpunan mutiara kata daripada sahabat Rasulullah . Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah meninggalkan pesan, katanya: Gambar Hiasan 1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu. 2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: i. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. ii. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. iii. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh. iv. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ v. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin. 3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di bela...

Senarai 12 Lagu Yang Layak Bertanding Ke Peringkat Akhir AJL Ke 27

As-salam, Setelah 3 minggu kita mengikuti siri Muzik Muzik Separuh Akhir, malam tadi (25/11/2012)  minggu terakhir MMSF dipertaruhkan dan antara yang bertanding malam tadi adalah: Entri MMSF 1 : Lagu Top 6 Muzik Muzik separuh Akhir 1 Entri MMSF 2: Lagu Top 6 Muzik Muzik Separuh Akhir 2 1. Lagu: Teman Pengganti Artis : Black & Malique Komposer dan Penulis Lirik : Malique 2. Lagu: Harapan Artis dan Komposer : Hyper Act Penulis Lirik : Frozen 3. Lagu: Panik Artis : Bunkface Komposer dan Penulis Lirik : Sam Bunkface 4. Lagu: Simetri Artis : Hazama dan Amy Search Komposer : Audi Mok Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan 5. Lagu: Mesti Ada Cinta Artis : Akim dan Fiq Komposer dan Penulis Lirik : Kuncidemak 6. Lagu: Andai Ku Bercinta Lagi Artis : Mojo Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim 7. Lagu: Patah Seribu Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah 8. Lagu: Ku Akui Artis : Hafiz Komposer dan Penulis Lirik : Ajai Setelah di analisa oleh juri profesional, hanya 12 lagu yang l...

Korean Time! : The Great Doctor - 2 Last Episode

Image
As-salam, Entri (1) : The Great Doctor [Entri Bergambar] a.k.a Faith Entri (2) : The Great Doctor Sedihnya bila minggu ni drama The Great Doctor dah nat tamat. 2 episod last drama korea The Great Doctor lakonan my dream fantasy hero...cewahh! bakal bersiaran pada tarikh-tarikh berikut: Isnin - 26/11/2012 - Pada pukul 20:55 mlm  Pada episod kali ini Gi Cheol bertanyakan pada Eun Soo apakah sakit mentalnya boleh diubati di dunia di mana dia datang (iaitu dunia zaman sekarang). Sebaliknya, Eun Soo memilih menggunakan cara lain untuk mengubati racun di dalam badannya.  Selasa - 27/11/2012 - Pada pukul 20:55 mlm.  Gi Cheol memaksa Eun Soo mengikutnya masuk ke pintu gerbang bersama-sama. Eun Soo kembali ke tahun sekarang (2012) tetapi masuk semula ke pintu gerbang kayangan tersebut untuk mencari Choi Young. Bagi sesiapa yang nak tonton secara online, boleh lah klik pada laman web berikut: http://www.onetvasia.com/shows/greatdoctor Dapatkah Eun Soo menemui Jeneral Choi Young se...

Cara Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Image
As-salam, Saya bekerja di sektor hartanah. Senang cerita saya bekerja dengan pemaju yang jual rumah. Setiap hari ada saja pertanyaan daripada pelanggan kami tentang cara nak kira kelayakan pinjaman perumahan especially dari kakitangan awam/kerajaan. Bagi yang nak tahu caranya, di sini saya kongsikan langkah demi langkah untuk korang cuba... 1) Pergi ke website perbendaharaan, http://www.treasury.gov.my *klik pada gambar utk imej yg lebih besar.. Klik pada tab Pinjaman perumahan (seperti dalam lingkaran merah ). 2) Paparan berikut ditunjukkan, di bawah tajuk LAMAN INTERAKTIF, bolehlah klik pada kotak merah tersebut, PENGIRAAN KELAYAKAN ANGGARAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PERTAMA . 3) Kemudian, pada paparan berikut, korang pilihlah syarikat insurans yang akan lindungi rumah korang dari kebakaran (MRTA). Sekiranya korang pilih TAKAFUL MALAYSIA , klik yang warna hijau di bawah sekali. 4) Nah, paparan jadual pengiraan yang kosong seperti di bawah kenalah korang penuhkan dengan maklumat hartan...

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.Com

Image
As-salam, Dalam pagi2 yang dah celik ni, saya join satu segmen oleh blogger terkenal iaitu mia liana . Untuk segala syarat dan terma ringkas, sila rujuk banner di bawah.   JUMLAH FOLLOWER SEKARANG : 748 ORANG Dalam blog Mia banyak benda yang kita boleh baca dan pelajari. Tetapi saya paling suka bila Mia bagi free banner gift tiap kali follower cecah sesuatu angka, contohnya: Follower Mencecah 8000+ dan saya antara yang dapat benefitnya..hihi. Semoga Mia terus jadi blogger yang humble dan peramah. Oh yer, dah terlupo pulak eden, nasib baik mia ingatkan...ini dia, aynoranur[dot]com  mempersembahkan dengan bangganya mialiana.com tagline ... Saya berharap silaturrahim antara blogger lebih terjalin erat dengan adanya segmen seperti ini. I will support whoever organize segment like this, it will benefit more people in win win situation... p/s: Good Luck Mia!

Kumpulan JAMBU Mula Menyengat Di Minggu Ke 2 Maharaja Lawak Mega 2012

Image
As-salam, Tentu korang dah faham serba sedikit format Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bila AC Mizal umumkan tiada penyingkiran hingga minggu ke 4. Bermakna dari minggu 1 - 3 dia orang safe dalam MLM. Setelah semua perserta membuat persembahan malam tadi, yang membawa tema kisah dari dua babak filem/drama, saya kongsikan sedikit pendapat saya tentang beberapa kumpulan yang bertanding. Secara keseluruhan, semua kumpulan berjaya membawa tema yang ditetapkan, cuma adakala penonton langsung tidak ketawa dengan lawak yang ditunjukkan. Apakah sebabnya? Entahlah, lu fikirlah sendiri beb!! Haha... 1) JAMBU Pada pendapat saya kumpulan ini outstanding malam tadi. Persembahan teratur, ikut tema, mendapat sorakan penonton, pujian daripada pengadil dan kita enjoy juga. Tetapi saya selalu tengok, kumpulan JAMBU jarang buat lawak yang banyak dialog, berbanding dengan kumpulan SEPAH dan JOZAN seperti di dalam Maharaja Lawak. Bagi saya, kadang-kadang orang bosan dengan teknik 'playsafe' kumpula...

Ramalan Keputusan Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 2

Image
As-salam, Nampaknya JOZAN masih unggul di tangga pertama carta MLM sehingga malam tadi (23/11/2012). Apabila malam nanti JOZAN bertarung lagi, adakah mereka akan semantap minggu pertama minggu lepas? Apakah dia orang lebih berbisa? Ataupun, semangat lawan mereka jadi lemah kerana saingan daripada BOBOI yang tampil bertiga. Iyalah...bertiga tentulah dapat jana idea lebih bernas dan lawak berbanding dengan JOZAN yang hanya berdua? Betul tak? Apa pendapat korang? Bagaimana pula dengan JAMBU ? Saya harap sangat mereka dapat cipta lawak jenaka yang bermutu dan lebih teratur. Semoga JAMBU yang juga dianggap antara pelawak otai dalam persaingan MLM 2012 lebih bersedia mental dan fizikal dalam pertandingan yang berbentuk mega ini!' Jangan dilupakan juga saingan daripada SHIRO dan SABON . Sebabnya, saya melihat SABON ada potensi kerana lawak mereka penuh tema! Pada pandangan korang dan pembaca sekalian, kalau dicongak2, manakah kumpulan yang tersingkir pada malam nanti? Untuk rujuk...

Panduan Permohonan Secara Online Ke MRSM Bagi Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

Image
As-salam, Setelah puas dan penat belajar, pasti ramai pelajar-pelajar yang mahu memasuki asrama penuh setelah mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Bagi kemasukan ke asrama penuh, sila rujuk entri ini: Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan 1 & 4 Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013  . Sementara itu, bagi yang berminat untuk masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun kemasukan 2013, adik-adik yang berminat bolehlah membuat permohonan secara online pada laman web mara seperti langkah-langkah berikut: 1) Dapatkan kata laluan dahulu daripada pejabat MARA yang berhampiran kawasan anda. Kata laluan diberi percuma. Sila bawa slip keputusan dan surat beranak yang telah disahkan untuk mendapatkan kata laluan. Senarai pejabat MARA mengikut negeri, cari >> Hubungi Kami >> Pejabat Mara Negeri Dan Daerah , kemudian klik. 2) Untuk mulakan permohonan secara online, pergi ke website MARA dan pada paparan seperti di bawah, klik pada Permoho...

Tutorial Ubahsuai Threaded Comments Box Di Blogspot

Image
As-salam, Sudah lama saya tak buat tutorial untuk korang semua. Sebabnya, saya akan hanya buat tutorial jika saya dah guna dan ubahsuai sesuatu kod/template itu menjadi. Yang terbaru, saya cuba ubahsuai threaded comment box yang pada awalnya hanya putih kosong...kemudian saya buatkan ia border, background color dan solek solek sikit biar nampak menarik. Contoh threaded comment box dari blog saya ini:   Ok, bagi sesiapa yang nak threaded commnets box macam saya punya, boleh copy paste aje kod berikut. Siap! Dalam kod template korang, cari kod berikut,  /* Comments */ , atau yang hampir serupa dengan kod tersebut. Padam/delete semua kod yang terletak di bawah /*Comments */ dan gantikan dengan kod berikut: /*Comments */ #comments{overflow:hidden} #comments h4{display:inline;padding:10px;line-height:40px} #comments h4,.comments .comment-header,.comments .comment-thread.inline-thread .comment{position:relative} #comments h4,.comments .continue a{background:#d80556} #comm...

Harus Mendoakan Kemusnahan Kepada Orang Yang Menzalimi Kita

Image
As-salam, Berbuat zalim kepada orang lain adalah dilarang sama sekali. Lebih-lebih lagi jika ia membabitkan saudara seagama dan seislam dengan kita. Harus Mendoakan Kemusnahan Kepada Orang Yang Menzalimi Kita Ini lagi entry pasal BENCIKAN YAHUDI ISRAEL! Islam mengharuskan doa kejahatan kepada orang yang menzalimi kita. Ini buktinya : 1) Doa Rasulullah yg momohon Allah binasakan mereka yg menzalimi baginda dalam kisah perut unta yang diletakkan diatas badan Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah.Nabi s.a.w. berdoa, “Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim) 2) Doa Rasulullah yang mendoakn agar matinya Uthaibah (anak Abu Lahab).Utaibah mendatangi Nabi SAW. dan mengatakan kata-kata yang menyakitkan hati Rasulullah SAW. Atas periakuan itu, maka Rasulullah SAW. telah berdoa kepada Allah, agar mengirimkan anjing-anjing-Allah untuk membinas...

Doa Qunut Nazilah : Doa Untuk Orang Yang Zalim

Image
As-salam, Keganasan Yahudi Israel sudah melampau! Dia orang tak de kerja lain kah asyik nak berperang saja? Jom reramai kita perangi mereka dengan apa cara sekalipun! Kalau korang ada kekuatan fizikal dan wang ringgit, bantulah selagi terdaya. PRAY FOR GAZA!! SELAMATKAN PALESTINE! Tapi kalau kita sendiripun sedang berjuang dengan hutang piutang, tak mengapa, kita cuba cara lain untuk memerangi Yahudi laknat ini!! Jom reramai kita doakan kehancuran untuk mereka!! DOA QUNUT NAZILAH:   Maksudnya,  “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu. Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu ker...

Keputusan Separuh Akhir Ke 2 Muzik-Muzik 27

Image
As-salam, Setelah kesemua kumpulan ataupun penyanyi solo membuat persembahan malam tadi, seperti minggu lalu dalam Separuh Akhir Pertama , hanya Top 6 yang layak untuk bertanding pada Juara Lagu yang ke 27 pada bulan Januari nanti. gambar hiasan dari gua.com.my Berikut senarai Top 6 yang berjaya malam tadi: 1. Anak Kampung Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat Komposer : Jimmy Palikat 2. Lagu - Bedroom Santuary Artis : Bedroom Sanctuary Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram 3. Terukir Di Bintang - Yuna Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna 4. Tanpamu Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari 5. Ombak Rindu - Hafiz & Adira Artis : Hafiz dan Adira Komposer, Penulis Lirik : Zaidi 6. Tapi Bagaimana Artis : Spider Komposer : Tam Spider Penulis Lirik : M.Nasir Akhirnya lagu kegemaran saya dengan melodi yang indah dan lirik yang puitis, iaitu Ombak Rindu dapat jadi Top 6, antara yang dapat masuk Juara Lagu Ke 27, (jika ada rezeki). Sebabnya, belum tent...

JOZAN mantap pada Minggu 1 Maharaja Lawak Mega 2012

Image
As-salam, Sudahkah korang bergelak sakan pada MLM Minggu 1 malam tadi ataupun korang sakit perut tahan ketawa melihatkan gelagat para peserta yang berjuang? Dalam bebanyak peserta, korang rasa siapa yang paling hot dan mantap? Mari kita review sikit tentang persembahan memberangsangkan mereka malam tadi... 1. JOZAN Paling mantap malam tadi tentulah persembahan JOZAN yang memukau dan buat kita tak kering gusi. Tema mereka ala-ala tiru aksi artis dan mereka meniru aksi dan karakter AWIE yang juga terlibat sebagai salah seorang juri pada malam tadi. AWIE macam nak rak ketawa hinggakan mengalir air mata! Johan dan Zizan memang gabungan yang serasi dan mereka terus meletup pada episod 1!! Cayalah!! 2. BOBOI Persembahan dia orang boleh tahan jugak dengan kemasukan ahli baru iaitu NABIL . BOBOI membawa tema kekeluargaan dan kisah kesinambungan mereka dari MLM 2011 di mana sebenarnya mereka bertiga adalah adik beradik satu bapa lain ibu! Tetapi saya rasa tema begini agak boring kerana kumpulan...

Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012

Image
As-salam, Kepada para blogger yang minat lawak jenaka ataupun tidak, masa yang dinanti-nanti telahpun tiba. Pelawak-pelawak tersohor serantau bakal berlumba memenangi hadiah lumayan yang bakal berentap di pentas berprestij bermula malam ini ( 16/11/2012). Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Ia dibuka secara percuma kepada semua pelanggan Astro serta disiarkan secara LIVE STREAMING di laman Youtube Astro Gempak! www.youtube.com/AstroGempak    Gambar daripada website Astro Gempak Antara Pelawak Yang Terlibat dengan 'pertarungan' sengit ini adalah:- 1. Kumpulan Jozan    2. Kumpulan Jambu    3. Boboi       Dari pengamatan mata saya persaingan sengit mungkin datang daripada tiga pelawak glamor dan sempoi di atas iaitu JOZAN, JAMBU DAN BOBOI. Tetapi jangan dilupakan juga kumpulan SHIRO yang ada pengikutnya sendiri yang masih menyokongnya selepas menjadi juara Maharaja L...

Review Korean Drama : My Daughter The Flowers

Image
As-salam, My Daughter The Flowers dah mencecah episod 56 tayangannya di saluran ONE HD (393). Pada masa ini dah nampak konflik antara beberapa watak utamanya.   Dalam episod 55-56 My Daughter The Flowers ,  Soon-Ae mencari anaknya yang hilang 30 tahun dahulu. Dalam pada masa yang sama Jae Ho memutuskan pertunangannya dengan Haejin. Dia sudah tidak mampu berbohong lagi tentang dirinya yang tidak dapat melupakan Soon-Ae bekas kekasihnya yang ditinggalkan. Soon-Ae membuka rahsia tentang dia memiliki anak bersama dengan Jae Ho. Apabila mereka melakukan siasatan mereka dikhabarkan bahawa anak mereka telah meninggal dunia 30 tahun dahulu. Jiwa Soon-Ae semakin tertekan. Hubungan Kkot Nim dengan Sang Hyok semakin baik Mereka telah berjanji menjadi pasangan kekasih yang setia. Sang Hyok adalah anak angkat kepada Jae Ho. Apakah kesudahan kisah mereka. Apakah Soon-Ae akan berbaik semula dengan Jae Ho dan membiarkan perasaan Kkot Nim dan Sang Hyok tercalar? Apakah rahsia yang d...