Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita

As-salam,

Ada berbagai gejala yang boleh dikesan oleh wanita yang baru mengalami kehamilan kali pertama. Ini kerana  tiada pengalaman mengandung, kebanyakan daripada kita akan berasa lemah dan kurang selesa. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan kita mengambil panadol atau ubat demam kerana menyangkakan kita mengalami demam biasa kerana penat bekerja.  Ada daripada wanita yang mengandung masih lagi mengalami kedatangan haid, contohnya diri saya sendiri. Itulah sebabnya ada sesetengah wanita tidak menyedari diri mereka mengandung.


Saya kongsikan tips-tips untuk mengesan tanda awal kehamilan bagi wanita yang berkahwin:

  1. Rasa lapar berpanjangan
  2. Teringin memakan sesuatu secara tiba-tiba (mengidam)
  3. Perubahan warna pada sekeliling payudara
  4. Kerap membuang air kecil
  5. Cepat letih dan tidak bermaya
  6. Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara
  7. Raya loya dan muntah
  8. Lewat datang bulan
  9. Ujian air kencing positif


Jika tanda-tanda awal kehamilan di atas menyerang anda, baik segera buat ujian air kencing. Jika terlambat ditakuti kita tidak menjaga kandungan tersebut dan boleh keguguran.

Bertindak sebelum terlambat!
 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1