As-salam, Bau hanyir udang sangat kuat. Bila kita terlupa buang kulit udang untuk semalaman, baunya boleh 'semerbak' satu rumah. Bila nak memasak pula, kadang-kadang bau hanyir udang tak hilang walau telah dicuci bersih. Bagaimana nak buat jika korang hadapi masalah macam ni? Jangan risau. Saya akan kongsikan cara hilangkan bau hanyir udang basah. Basuh udang hingga bersih, kemudian gaulkan udang dengan sedikit gula dan perap seketika. Hasilnya, udang tidak lagi berbau hanyir malahan udang akan rasa lebih manis dan lazat apabila di masak. Jom cuba!
As-salam, Untuk mereka yang suka tukar-tukar warna background, font (tulisan) dan gaya , disini saya kongsikan kod warna-warna yang sering digunakan untuk ubahsuai blog masing-masing. Dan korang juga boleh lawat website ini untuk lebih pilihan dan keterangan lanjut. Pastikan tambah simbol # pada setiap awal kod warna kerana ia adalah kod HTML yang mewakili kod warna. Selain itu, kod warna juga boleh digantikan dengan nama warna itu sendiri seperti 'red', 'green', 'yellow' dan sebagainya. Bila guna nama warna tak perlulah letak simbol # didepannya. Berikut adalah warna-warna utama yang selalu kita guna: Color code from aynoranur Kepada blogger baru yang kurang mahir dengan kod warna, artikel ini boleh dijadikan panduan. Selamat melakukan ubahsuai warna pada blog anda!
As-salam, Doa-doa Asmaul Husna iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. Allah s.w.t. telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan. Dikatakan apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah, Allah s.w.t. akan merasa malu kalau Dia tidak kabulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta. Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin. Ya Allah, dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat –Mu, sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu. Ya Allah, kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu, Engkaulah Maha Agung dan Maha segala-galanya. 1) al-Rahman, al-Rahim Ya Allah, dengan nama-Mu ...
Comments
Post a Comment