Posts

Showing posts from December, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Image
As-salam, Mungkin saya agak terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua penduduk di muka bumi ini. Tak mengapalah kan, daripada terlepas langsung. Hihi.. Dari meja Editor...aynoranur.com Semoga pada tahun 2013 ini kita terus mengecapi kejayaan, dilimpahkan rezeki yang berganda, hidup dalam keamanan dan sentiasa di bawah limpahan rahmatNya dan HidayahNya...Amiin... Kepada teman-teman blogger yang singgah untuk membaca entri ataupun kepada silent reader yang suka mengambil ilmu yang ada dalam blog ini, saya tak pernah sekat jika korang nak copy dan paste artikel saya. Hidup ini cuma pinjaman dan buah fikiran dan ilham menulis entri pun datang daripadaNya. Perkongsian yang membina, insya'Allah... Mulai saat ini, saya akan lebih giat menulis, membangunkan blog menjadi medan pertemuan kita mencambah ilmu dan mengisi yang kurang. Semoga pada tahun ini saya akan terus lebih istiqamah dalam mempelajari sesuatu tak mengira dalam apa jua bidang sekalipun, dan menampilkan blog

Korean Time! : The Great Seer

Image
As-salam, Sekarang ini saya sedang tonton drama korea yang bertajuk ' The Great Seer '. Dalam cerita ini ada 4 hero @ watak utama dimana ada watak yg jahat, baik, dsb. Waktu tayangan di Astro ONE HD pada pukul 8:55 petang, ambil banner dari onetvasia.com The Great Seer adalah cerita tentang bagaimana seorang General, Yi Seong-gye (Ji Jin-hee) merancang untuk memusnahkan dinasti Goryeo dan membangunkan dinasti Joseon, dengan bantuan penasihatnya yang bernama Ji-sang (Ji Sung).  Ia adalah sebuah drama sejarah yang berlaku sekitar pergolakan tentang pembahagian kuasa dan kuasa yang mereka ada terhadap sesebuah negara. Dibintangi oleh Ji Sung (Protect the Boss), Ji Jin-hee (Yes, Captain), Song Chang-ui dan Kim So Yeon (Dr. Champ).   Plot Drama Korea The Great Seer The Great Seer bermula semasa pemerintahan Raja Gongmin (Ryu Tae-joon). Walaupun kebanyakan cerita tentang Seers (tukang ramal yang hebat), dimana drama ini kurang fantasi tetapi lebih kepada perubahan politik dan orang

Rumah Di Korea Berbentuk Unik

Image
As-salam, Setelah banyak kali tengok drama korea dan kongsikan info tentang drama-drama korea, kali ini saya nak kongsikan artikel tentang kebijaksanaan orang membina rumah. Kisahnya begini, sebuah firma arkitek di Korea iaitu UOSarchitects membina rumah gunung untuk keluarga yang memiliki anak yang kurang ramai tetapi ada impian yang besar. Reka bentuk rumah Korea ini sesuai untuk semua musim dan telah dibina akses penuh semasa musim panas, manakala hanya sayap selatan (south wing) yang digunakan dalam musim sejuk, sekali gus menempatkan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Mari kita lihat rekabentuk rumah yg dibina merentasi gunung ini...   p/s : Impian membina rumah seperti ini..

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 7 Kumpulan Sabon Terkeluar

Image
As-salam, Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke 7 malam tadi menggunakan 2 tema iaitu Dialek @ loghat dan Kembali ke sekolah . Setiap kumpulan mempunyai masa 3.5 minit untuk setiap persembahan. Setiap persembahan kumpulan yang terlibat malam tadi sekadar okey sahaja pada pandangan saya. Ini kerana saya harap ada yang boleh 'blowout' dan geletek kita untuk ketawa, tetapi semuanya sekadar hambar aje. Kumpulan yang kelihatan menjadi sedikit malam tadi adalah Saywho, Jozan dan Jambu . Kumpulan Jambu boleh tahan kelakar tetapi dia orang macam tiru 'style' dan trademark yang sama setiap minggu. Korang perasan tak? Pada minggu sebelum ini menyanyi dalam berbagai bahasa, kemudian minggu ke 6 tiru aksi juri-juri bagi komen dan malam tadi baca puisi guna loghat negeri. Persembahan yang tiada isi...hrmm, tetapi peminat diaorang ramai. Kumpulan Sabon akhirnya terkeluar sebab setiap minggu pun peminat MLM 2012 kurang mengundinya. Malam tadi pada minggu ke 7 adalah penamat perjuangan

Sinopsis Drama Hanya Padamu Untuk Slot Zehra Di TV3

Image
As-salam, Malam tadi (28/12/2012) slot ZEHRA di TV3  mula tayangkan drama baru sebanyak 13 episod bertajuk 'Hanya Padamu '. Skrip drama ini ditulis oleh seorang penulis novel terkenal bernama Maizurah Ederis. Saya pernah baca buku2 beliau dan memang penulis seorang yang amat kreatif orangnya. Drama ini berkonsepkan Islamik dengan memaparkan kisah seorang gadis cekal mengharungi liku-liku kehidupan.    gambar dari blog ini Drama 'Hanya Padamu' adalah lakonan pelakon terkenal seperti Zahiril Adzim, Beto Khusyairi dan pelakon baru Nazeera Sardi serta dibantu oleh Emelda Rosmila.    Sinopsis Drama Slot Zehra 'Hanya Padamu' di TV3 Tagline : Cinta Hadir Tanpa Diduga… Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah merupakan antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat 5A. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzi

Rahsia Tarikh Lahir Bulan Ogos

Image
As-salam, Mengikut wikipedia bebas , bulan Ogos adalah bulan kelapan dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Bulan ini dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin. Hari kemerdekaan negara kita pun jatuh dalam bulan Ogos iaitu pada 31 Ogos 1957. Dan mengikut kajian pakar motivasi negara kita, insan yang dilahirkan dalam bulan Ogos memiliki karekter tersendiri dan juga pelbagai ciri personaliti. Perkongsian berikut adalah sekadar hiburan dan bacaan semata-mata. Ingat ya, yang baik kita ambil dan perteguhkan dan yang tak baik biarkan dia pergi...hihi Rahsia Bulan Kelahiran - Bulan Ogos Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlal

Panduan Menilai Berlian

Image
As-salam, Ada tak sesiapa pembaca blog aynoranur dot com yang bergelar wanita? Pernah dengar ungkapan 'Wanita umpama Berlian '. Dalam entri kali ini saya akan kongsikan cara-cara menilai berlian. Tak mengapa jika kita tidak memakainya, anggap sahaja bahan ini sebagai satu bacaan umum, mudahkan? Berlian , benda ini memang “ briliant ”, kerana untuk mendapatkannya bukan boleh setakat ratusan ringgit malah kena habis beribu. Kerana itu, menilai benda brilliant ini mestilah ada piawaian tersendiri. Dengan tanda aras yang amat tinggi, maka makin sempurna sesuatu berlian tersebut. Untuk pilih berlian kena ada caranya dan biasanya orang akan menggunakan kaedah 4 C untuk menilai berlian iaitu dari berat ( carat) , kejernihannya ( clarity) , pembentukan melalui pemotongannya ( cut ), dan tentunya saja warnanya ( colors ). Panduan Menilai Berlian 1. Carat (berat) Satu karat adalah satu unit berat pengukur sama dengan 0.2 gram. Ia adalah unit antarabangsa digunakan untuk mengukur bera

Rahsia Tarikh Lahir Bulan Julai

Image
As-salam, Bilakah tarikh anda dilahirkan? Dan apakah bulan kelahiran anda? Artikel kali ini membariskan personaliti kita yang dilahirkan dalam bulan Julai . Antara ciri-cirinya adalah rajin dalam membuat kerja. Saya ada beberapa orang ahli keluarga yang dilahirkan dalam bulan ini, dan mengikut pemerhatian saya, memang benar  dia orang sangat rajin membuat kerja-kerja rumah terutamanya bab-bab memasak. Untuk anda yang lain, saya doakan anda dapat personaliti yang baik-baik di bawah ni ya... Rahsia Bulan Kelahiran - Bulan Julai Sangat suka didamping.  Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.  Agak pendiam kecuali dirangsang.  Ada harga dan maruah diri.  Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.  Mudah dipujuk dan bercakap lurus.  Sangat menjaga hati orang lain.  Sangat peramah.  Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.  Berjiwa sentimental.  Jarang berdendam.  Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.  Tidak suka benda remeh-temeh.  Membi

Korean Time! : My Blessed Mom

Image
As-salam, Untuk peminat drama korea yang bercirikan kekeluargaan, jangan lupa saksikan di saluran 393 Astro HD ONE setiap hari Isnin - Jumaat pada pukul 6:25 petang (1 jam) dan siaran ulangan oada pukul 6:15 pagi hingga 7:20 pagi. Sinopsis Drama Korea My Blessed Mom Drama " My Blessed Mom ", lakonan Kim Hyun Joo sebagai Kim Young Joo, mengisahkan seorang Editor Fesyen yang sangat berjaya, yang sering merasa malu kerana ada seorang ibu yang sakit jiwa. Namun sebaik mengetahui ibunya menghidap barah otak, dia cuba berbaik semula dengan ibunya sebelum ia terlewat. Dibintangi: Kim Hyun Joo, Ha Hwee Ra, Shin Hyun Joon (Cain and Abel), Kim Tae Woo, Kim Jung Hoon (Goong), Yoo In-yeong, Ahh Suh Hyun (Dream High). Trivia: 1) Dalam satu babak di mana Kim Hyun Joo sedang menangis kesedihan dan berjalan dalam hujan, suhu pada hari itu adalah - 0 darjah dan sangat sejuk, tetapi Kim Hyun Joo berkeras mahu menyambung penggambaran di dalam hujan juga. (Semangat artis korea! Bolehkah kita ju

Filem 'Hobbit' Filem No 1 Dengan Kutipan Mencecah USD434 Juta

Image
As-salam, Artikel kali ini saya nak sentuh sikit tentang kejayaan yang amat besar bagi sebuah filem luar negara. Filem yang saya maksudkan adalah Hobbit . Sekarang ini Filem ' The Hobbit: An Unexpected Journey' sedang berada di puncak kejayaan dengan kutipan mencecah USD36.7 juta bagi minggu kedua tayangannya.   Dengan kutipan tersebut dan dicampur dengan kutipan tiket di seluruh dunia berjumlah USD91 juta, dan lain2 tayangan, sesetakat hari ini, Hobbit telah mengutip sebanyak USD434 juta. Hanya untuk 2 minggu aje tau! Memang hebat! Kalau korang dah lupa, Hobbit adalah prekuel kepada trilogi "The Lord of the Rings', juga filem yang sangat berjaya..  Berikut rekod kutipan filem Hobbit  berbanding filem-filem lain di beberapa negara di seluruh dunia (tidak termasuk di U.S dan Kanada): 'The  Hobbit: An Unexpected Journey' 1. "The Hobbit: An Unexpected Journey," $91 juta. 2. "Life of Pi," $23.2 juta. 3. "Rise of the Guardians," $13.7

Rahsia Tarikh Lahir Bulan Jun

Image
As-salam, Mengikut kajian pakar motivasi YB Dato' Dr Fadzilah Kamsah , insan yang lahir dalam bulan Jun antara ciri-cirinya selalu kena selsema. Dan secara kebetulan, dalam ahli keluarga saya belum ada yang lahir dalam bulan Jun . Kami memang jarang kena selsema. Alhamdulillah. Sebagai panduan, mari kita lihat personaliti rakan-rakan kita yang dilahirkan dalam bulan Jun.  ihsan dari Google Rahsia Bulan Kelahiran - Jun      Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Seorang yang sangat tertib. Pand

Doa Memulakan Kerja Dan Doa Habis Kerja

Image
As-salam, Sebelum memulakan kerja hari ini, di pagi yang ceria, saya doakan semoga para pembaca di blog saya dikurniakan hati yang lapang dan kerja-kerja dapat dijalani dengan mudah. Amin.. Tak lupa juga kepada surirumah yang banyak jasanya, lakukanlah kerja dengan ikhlas. Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan Doa Memulakan Kerja Dan Doa Habis Kerja. Maksudnya ketika kerja kita di awal pagi, eloklah baca doa ini. Dan bila petang dah habis kerja, baca pula doa habis kerja. Macam doa awal hari dan akhir hari di tempat kerja... Doa Memulakan Kerja Dan Doa Habis Kerja Semoga dengan panduan doa yang saya kongsikan di atas, kerja yang kita lakukan lebih berkat dan dirahmati olehNya. p/s: Memulakan langkah di pagi hari dengan Surah Al-Fatihah.  

Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !

Image
As-salam, Dah lama rasanya saya tak ikut segmen dan support blogger lain. Kali ini saya nak join segmen yg agak cute sebab orang pun cute...   Bagi yg nak ikut join segmen macam saya, hanya klik banner dan semua syarat ada kat situ. Selamat berjaya utk semua!! p/s: Wajib follow semua peserta, hmm....ingatan untuk diriku. 

Cara-cara Membersihkan Komputer

Image
As-salam, Berapa kali setahun anda cuci komputer kesayangan anda? Apakah lebih 5 tahun tak pernah dicuci? Saya kongsikan senarai umum cara-cara mencuci/membersihkan komputer kesayangan anda selepas penat digunakan. Cara-Cara Membersihkan Komputer Jangan semburkan sebarang cecair pencuci terus ke atas komputer. Jika perlu juga, semburkan cecair tersebut ke atas kain dan kemudian barulah anda bersihkan komponen komputer anda.  Boleh juga gunakan vacum/penyedut hampagas untuk membersihkan kotoran, habuk ataupun rambut dsb disekitar luar komputer. TETAPI INGAT, jangan masukkan vacum ke dalam peralatan komputer kerana ia boleh menghasilkan elektrik statik yang boleh merosakkan komponen dalam komputer. Kalau degil nak guna vacum juga, gunakan vacum yang bersaiz kecil dan menggunakan bateri. Tutup/matikan komputer terlebih dahulu ketika mahu membersihkannya.  Berhati-hati ketika menggunakan syampu pencuci/pembersih komputer, kerana ada sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan komputer. Apabi

Tutorial Threaded Comment Untuk Thesis For Blogger Version 2 Yang Betul

Image
As-salam, Hari ni saya amat gembira sekali. Semenjak guna TFB V.2 saya tak habis-habis ubahsuai template agar tidak terlalu simple. Yang bagusnya, TFB V.2 memang bersih, ringkas, cepat loading, dan yang paling awesome tentulah SEO friendly ! Ini yang semua blogger mahu, kan? Okey, selepas penat tangan dan pening kepala sebab threaded comment tak menjadi, reply button langsung tak berfungsi...saya pun gatal tangan cari kat En Google...akhirnya pada pagi Ahad ni, saya terjumpa penyelesaiannya. Jangan panik kawan-kawan... MRie RNei ada penyelesaiannya. Banyak yang dia ajarkan, siap langkah demi langkah. Terima kasih Bro , awesome betul!! Bagi saya yang dah buat threaded comment for custom blog dan dah ubah suai sebahagian, saya terus ikuti langkah yang kedua. Ada sesetengah blog tak masukkan langkah kedua ni, itu yang buat kod Java script kita bersepah-sepah...haha... Akhirnya, threaded comment dan reply button saya berfungsi , barulah blog nampak macam profesional...hihi.   Nah, denga

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Image
As-salam, Untuk mereka yang suka tukar-tukar warna background, font (tulisan) dan gaya , disini saya kongsikan kod warna-warna yang sering digunakan untuk ubahsuai blog masing-masing. Dan korang juga boleh lawat website ini untuk lebih pilihan dan keterangan lanjut. Pastikan tambah simbol # pada setiap awal kod warna kerana ia adalah kod HTML yang mewakili kod warna. Selain itu, kod warna juga boleh digantikan dengan nama warna itu sendiri seperti 'red', 'green', 'yellow' dan sebagainya. Bila guna nama warna tak perlulah letak simbol # didepannya. Berikut adalah warna-warna utama yang selalu kita guna: Color code from aynoranur Kepada blogger baru yang kurang mahir dengan kod warna, artikel ini boleh dijadikan panduan. Selamat melakukan ubahsuai warna pada blog anda! 

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 6 Kumpulan BJ Tersingkir

Image
As-salam, Malam tadi sempatlah saya menyaksikan MLM 2012 dengan tema ' Rancangan TV, tak kisah dalam atau luar negara .' Semua peserta berjaya menyiapkan 'tugasan' masing-masing, cuma ada beberapa kumpulan yang tidak 'perform' hinggakan saya langsung tak ketawa! Hmm...pada pendapat saya 3 kumpulan yang paling tak menjadi malam tadi adalah Bandung Jokers, Sabon & juga Boboi. Itu hanya pendapat saya, jangan marah wahai peminat masing-masing..haha.. Gambar ihsan daripada Facebook Maharaja Lawak Mega 2012 - Kumpulan Bandung Jokers yang tersingkir Dan, kalau ikut top 3 paling melawak malam tadi tentulah JAMBU, SHIRO & SAYWHO . Kumpulan JOZAN tak berapa kaw, macam ulangan persembahan mereka dalam Maharaja Lawak ketika membuat persembahan menyanyikan lagu 'Awan Nano...'. Ingat tak? Untuk tonton video persembahan mereka, bolehlah pergi ke astrogempak.com.my >>> Maharaja Lawak Mega 2012 Ramai kumpulan yang buat iklan pasal sabun Daia...mungkin

Rahsia Tarikh Lahir Bulan Mei

Image
As-salam, Ramai orang dilahirkan dalam bulan Mei, dan anda mungkin juga salah seorang daripada mereka. Bagaimana pula ciri-ciri personaliti rakan, sahabat, adik-beradik ataupun anak kita sendiri yang dilahirkan dalam bulan Mei? Mari kita kongsikan pendapat daripada pakar motivasi, Dato' Dr Fadzilah Kamsah tentang tarikh lahir bulan Mei.   Rahsia Tarikh Lahir Bulan Mei Keras hati & tegas. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan siste

Rahsia Tarikh Lahir Bulan April

Image
As-salam, Adakah tarikh lahir penting buat anda? Apakah tarikh lahir memainkan peranan dalam menjalin persahabatan? Kalau masih ada yang tak pasti, mari kita lihat personaliti orang-orang yang lahir pada bulan April menurut kajian yang dibuat oleh pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Rahsia Tarikh Lahir Bulan April Sangat aktif dan dinamik.  Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.  Sangat menarik dan pandai menjaga diri.  Punya daya mental yang sangat kuat.  Suka diberi perhatian.  Sangat diplomatik (pandai memujuk ).  Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.  Sangat berani dan tiada perasaan takut.  Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.  Emosi cepat terusik.  Cuba kawal perasaan.  Kecenderungan bersifat pendendam.  Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.  Kuat daya ingatan.  Gerak hati yang sangat kuat.  Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.  Berpenyakit disekitar kepala dan dada.  S