Filem 'Hobbit' Filem No 1 Dengan Kutipan Mencecah USD434 Juta

As-salam,

Artikel kali ini saya nak sentuh sikit tentang kejayaan yang amat besar bagi sebuah filem luar negara. Filem yang saya maksudkan adalah Hobbit. Sekarang ini Filem 'The Hobbit: An Unexpected Journey' sedang berada di puncak kejayaan dengan kutipan mencecah USD36.7 juta bagi minggu kedua tayangannya.  

Dengan kutipan tersebut dan dicampur dengan kutipan tiket di seluruh dunia berjumlah USD91 juta, dan lain2 tayangan, sesetakat hari ini, Hobbit telah mengutip sebanyak USD434 juta. Hanya untuk 2 minggu aje tau! Memang hebat! Kalau korang dah lupa, Hobbit adalah prekuel kepada trilogi "The Lord of the Rings', juga filem yang sangat berjaya.. 

Berikut rekod kutipan filem Hobbit berbanding filem-filem lain di beberapa negara di seluruh dunia (tidak termasuk di U.S dan Kanada):

'The Hobbit: An Unexpected Journey'


1. "The Hobbit: An Unexpected Journey," $91 juta.
2. "Life of Pi," $23.2 juta.
3. "Rise of the Guardians," $13.7 juta.
4. "Skyfall," $9 juta.
5. "Wreck-It Ralph," $7.3 juta.
6. "The Twilight Saga: Breaking Dawn — Part 2," $6.6 juta.
7. "Pitch Perfect," $6 juta.
8. "Les Miserables," $4.2 juta.
9. "Love 911," $3.2 juta.
10. "De L'autre Cote du Periph," $3.1 juta.


So, amacam? Ada semangat tak untuk berjaya macam mereka. Kita boleh, kerana kita dan mereka juga menggunakan akal yang sama sebagai insan. Mari kita fikir-fikirkan..


Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1