Tutorial Threaded Comment Untuk Thesis For Blogger Version 2 Yang Betul

As-salam,

Hari ni saya amat gembira sekali. Semenjak guna TFB V.2 saya tak habis-habis ubahsuai template agar tidak terlalu simple. Yang bagusnya, TFB V.2 memang bersih, ringkas, cepat loading, dan yang paling awesome tentulah SEO friendly! Ini yang semua blogger mahu, kan?

Okey, selepas penat tangan dan pening kepala sebab threaded comment tak menjadi, reply button langsung tak berfungsi...saya pun gatal tangan cari kat En Google...akhirnya pada pagi Ahad ni, saya terjumpa penyelesaiannya. Jangan panik kawan-kawan...MRie RNei ada penyelesaiannya. Banyak yang dia ajarkan, siap langkah demi langkah. Terima kasih Bro, awesome betul!!

Bagi saya yang dah buat threaded comment for custom blog dan dah ubah suai sebahagian, saya terus ikuti langkah yang kedua. Ada sesetengah blog tak masukkan langkah kedua ni, itu yang buat kod Java script kita bersepah-sepah...haha...

Akhirnya, threaded comment dan reply button saya berfungsi, barulah blog nampak macam profesional...hihi.   Nah, dengan bangganya saya tunjukkan kejayaan saya, rasa relieve sangat dah dapat selesaikan masalah ni.



screen shoot daripada aynoranur.com


So, kepada para blogger diluar sana yang telah menggunakan TFB V.2, selamat berjaya. Kepada yg akan gunakan, ikuti langkah demi langkah daripada blog MRie RNie ni...nama blog dia memang glamour, Sembangcyber...jom belajar tutorial tentang TFB V.2 kat sini.

p/s: Akhirnya dah tak larat nak ubahsuai lagi...
  

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1