Cara-cara Membersihkan Komputer
As-salam,
Berapa kali setahun anda cuci komputer kesayangan anda? Apakah lebih 5 tahun tak pernah dicuci? Saya kongsikan senarai umum cara-cara mencuci/membersihkan komputer kesayangan anda selepas penat digunakan.
Berapa kali setahun anda cuci komputer kesayangan anda? Apakah lebih 5 tahun tak pernah dicuci? Saya kongsikan senarai umum cara-cara mencuci/membersihkan komputer kesayangan anda selepas penat digunakan.
Cara-Cara Membersihkan Komputer
- Jangan semburkan sebarang cecair pencuci terus ke atas komputer. Jika perlu juga, semburkan cecair tersebut ke atas kain dan kemudian barulah anda bersihkan komponen komputer anda.
- Boleh juga gunakan vacum/penyedut hampagas untuk membersihkan kotoran, habuk ataupun rambut dsb disekitar luar komputer. TETAPI INGAT, jangan masukkan vacum ke dalam peralatan komputer kerana ia boleh menghasilkan elektrik statik yang boleh merosakkan komponen dalam komputer. Kalau degil nak guna vacum juga, gunakan vacum yang bersaiz kecil dan menggunakan bateri.
- Tutup/matikan komputer terlebih dahulu ketika mahu membersihkannya.
- Berhati-hati ketika menggunakan syampu pencuci/pembersih komputer, kerana ada sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan komputer.
- Apabila sedang mencuci, berhati-hati dengan wayar yang sedang disambungkan ke komputer. Mungkin ada komputer yang bersambung dengan komputer lain dan memyimpan data penting.
- Jangan makan atau minum di sekitar komputer.
- Hindarkan merokok di hadapan komputer. Lagipun, merokok juga membahayakan kesihatan anda!
Sayangi komputer anda tak kira di mana anda gunakannya. Kerana, jika komputer 'merajuk', satu badan pun terasa sakit kerana pada zaman ini, komputer adalah satu keperluan juga...
Comments
Post a Comment