Posts

Showing posts from 2013

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Image
As-salam, Bau hanyir udang sangat kuat. Bila kita terlupa buang kulit udang untuk semalaman, baunya boleh 'semerbak' satu rumah. Bila nak memasak pula, kadang-kadang bau hanyir udang tak hilang walau telah dicuci bersih. Bagaimana nak buat jika korang hadapi masalah macam ni? Jangan risau. Saya akan kongsikan cara hilangkan bau hanyir udang basah. Basuh udang hingga bersih, kemudian gaulkan udang dengan sedikit gula dan perap seketika. Hasilnya, udang tidak lagi berbau hanyir malahan udang akan rasa lebih manis dan lazat apabila di masak. Jom cuba!

Korean Drama & Sinopsis Tasty Life

Image
As-salam, Mari kita sambung tengok drama korea. Kali ini kisah seorang ayah membesarkan empat orang anak gadisnya dengan segala kepayahan dan kerisauan. Sinopsis Korean Drama Tasty Life "Tasty Life" mengisahkan kehidupan seorang bekas detektif bernama Jang Shin-jo (Im Chae-moo). Selepas bersara dia menjalankan perniagaan restoran dan memiliki sebuah restoran ala klasik @ bangsawan. Jang Shin-Jo memiliki empat orang anak yang kesemuanya perempuan. Drama Tasty Life adalah tentang seorang ayah dengan bermacam ragam kehidupan anak-anaknya seperti kisah cinta, perkahwinan, dan jatuh bangun dalam kehidupan. Dia selalu risau bila anaknya terlibat dengan orang yang berdendam dengannya sewaktu beliau menjadi detektif dahulu. Drama Tasty Life dibintangi oleh Im Chae-moo (A Thousand Days’ Promise), Yoon Jung-hee (Smile, Mommy!), Ryu Hyun-kyung (Salamander Guru & The Shadow Gang), Yoo Da-in, dan Hye Ri (K-Pop Group Girl’s Day).        credit onetvasia.com   Dra...

[W.W] #24: From Us With Love!

Image
Lets the picture talking...  

Bunga Lavender di Rumahku Kampungku?

Image
As-salam, Apakah korang percaya bahawa di kampung saya ada sepasu bunga lavender ? Cuba tengok persamaan @ perbezaannya. Gambar dari pasu bunga ibunda  Gambar ehsan En google    Rupa-rupanya ini semua sekadar mainan mata, berwarna ungu tak semestinya pohon lavender , okey!           

Drama Melayu Slot Akasia TV3 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Image
As-salam, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | Slot Akasia kali ini diganti dengan drama melayu yang tak kurang hebatnya. Drama ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair antaranya Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Shah Jaszle dan Fouziah Ghous. Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan mula ditayangkan mulai 11 Februari 2013 pada pukul 7:00 malam. Drama ini diterbitkan oleh Zeel Production, hmm...terbitan produksi yang hebat juga.   Tasha Shila sebagai Ain   Fouziah Ghous sebagai Fatin    Pelakon utama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Sinopsis Drama Melayu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Firdaus telah difitnah berkhalwat dengan seorang gadis bernama Ain. Tetapi demi melunaskan rasa tanggungjawabnya, dia berkahwin juga dengan Ain walaupun tanpa kerelaan. Lalu, dia membawa diri ke Abu Dhabi kerana rasa dikhianati. Di Abu Dhabi Firdaus bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat bernama Abu Dhabi Properties. Walaupun hanya dia anak melayu tunggal yang bekerja di situ, Firdaus mendapat k...

Jawatan Kosong Di Maybank Sepanjang Februari 2013

Image
As-salam, Maybank telah diperbadankan pada 31 Mei, 1960 dan memulakan operasi pada 12 September 1960. Pada 17 Februari 1962, Maybank telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia). Bagi yang berminat memohon kerja di Maybank, masa masih ada lagi, kerana kebanyakan kekosongan jawatan akan tamat @ di tutup sehingga hujung bulan februari. Selamat berjaya!   Hari ini Maybank merupakan kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia. Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan termasuk perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam, perbankan luar pesisir, pajakan dan sewa beli, insurans, pemfaktoran, perkhidmatan pemegang amanah, pengurusan aset, pembrokeran saham, perkhidmatan penama, modal teroka dan perbankan Internet. Jawatan Kosong di Maybank Problem Manager Capacity Manager SupplyChain Executive Reporting Analyst Project Manager Untuk lebih banyak kekosongan jawatan di Maybank , sila layari website berikut: http://impac...

Jadual Perjalanan Di Lebuhraya Utara Selatan Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2013

Image
As-salam, Saya terbaca tentang jadual perjalanan di highway PLUS sempena cuti tahun baru cina 2013 ni , apa salahnya saya share kan dengan pembaca semua. Semoga anda dapat merancang perjalanan dengan teratur dan patuhilah peraturan di lebuhraya, ok. Do drive safely on the road... Selamat bercuti...

Doa Elak Bahaya & Bencana

Image
As-salam, Doa elak bencana dan bahaya ini disyorkan oleh Ustaz Haron Din . Doa ini amat berguna diamalkan bagi kita semua. Insya'Allah dapat mengelak dari bencana. sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;   Manfaat daripada doa di atas, Terhindar daripada bahaya Terhindar dari mudarat makanan Terhindar daripada sihir Terhindar daripada gangguan makhluk halus Semoga kita semua berada dalam lindungannya.  ** sumber - untuk bacaan lanjut.

Ikan Bakar Rasa Lebih Sedap

Image
As-salam, Saya suka makan ikan bakar, stim ataupun masak 3 rasa. Ikan jenis apa pun tak kisah tetapi lebih sedap kalau dapat ikan siakap ataupun ikan pari bergantung kepada jenis masakan. Contohnya ikan siakap lebih sedap masak stim ataupun 3 rasa. Dan begitulah sebaliknya..   ** sumber google Bila turn nak makan ikan bakar, saya selalu berhati-hati. sebabnya, kadangkala ada restoran yang menyediakan hidangan ikan bakar yang kurang fresh dan rasa pahit. Kenapa ek? Sebenarnya ada cara istimewa nak buat ikan bakar lebih sedap dan fresh. Perahkan sebiji limau nipis ke dalam bekas. Campurkan sedikit kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kemudian perapkan campuran tadi bersama ikan yang hendak di bakar selama 10 minit. Selepas itu ikan tadi boleh dibakar dan dihidangkan. Korang pasti dapat rasa keistimewaan ikan bakar tadi, dengan rasa fresh dan manis ikan yang masih belum hilang. Selamat memasak dan cubalah!  

Mengapa Valentines Day Haram Disambut Oleh Umat Islam?

Image
As-salam, Valentines Day disambut pada setiap 14 February mengikut kalendar sekular. Pada zaman remaja dulu, saya akan bersedih jika buah hati tak bagi bunga ataupun kad. Lagi sedih jika dia kata, ' tak baik sambut hari Valentine...bukan budaya kita!'    Kenapa orang Islam diharamkan sambut Valentine Day? Ada apa dengan Valentine Day? Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).   ** sumber Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga di...

Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita

Image
As-salam, Ada berbagai gejala yang boleh dikesan oleh wanita yang baru mengalami kehamilan kali pertama. Ini kerana  tiada pengalaman mengandung, kebanyakan daripada kita akan berasa lemah dan kurang selesa. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan kita mengambil panadol atau ubat demam kerana menyangkakan kita mengalami demam biasa kerana penat bekerja.  Ada daripada wanita yang mengandung masih lagi mengalami kedatangan haid, contohnya diri saya sendiri. Itulah sebabnya ada sesetengah wanita tidak menyedari diri mereka mengandung. Saya kongsikan tips-tips untuk mengesan tanda awal kehamilan bagi wanita yang berkahwin: Rasa lapar berpanjangan Teringin memakan sesuatu secara tiba-tiba (mengidam) Perubahan warna pada sekeliling payudara Kerap membuang air kecil Cepat letih dan tidak bermaya Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara Raya loya dan muntah Lewat datang bulan Ujian air kencing positif Jika tanda-tanda awal kehamilan di atas menyerang anda, baik segera buat ujian...

Segmen khas buat followers: Jom JOIN Bloglist JS 2013

Image
As-salam, Mari ramai-ramai sertai segmen JS, bloglist ini disenarai dari 1 Mac 2013 - 31 Disember 2013. Berminat? Klik banner di bawah.   syarat: followers blog JS.... buat entry pasal segmen ni link entry di kotak komen ... nyatakan anda dari negeri mana?.. Oh ya, saya blogger Johor...

[W.W] #23: Mentari Yang Pemalu

Image
Biarkan mata berkata-kata...   Wordless Wednesday adalah satu trend di alam maya di mana pada setiap hari Rabu semua blogger membuat post tanpa caption/penerangan/cerita dan sebagainya. Gambar mempunyai seribu maksud, jadi biar gambar yang menceritakan segala galanya.

Kelebihan Memasang Google Analytics Pada Blog

Image
As-salam, Google Analytics berfungsi mengesan online trafik dan menjana statistik terperinci tentang sesuatu kunjungan ke sesebuah blog ataupun website. Ia amat berguna buat blogger di luar sana, juga popular dan digunakan secara meluas untuk menganalisa statistik sesebuah website. Ia mudah, senang dan boleh mengesan jumlah pengunjung, bounce rate (kadar lonjakan lawatan) dan juga dari mana datangnya pengunjung ke blog kita. Kelebihan Memasang Google Analytics Pada Blog @ Website 1) Kenali pengunjung blog    Dengan melihat laporan  yang ada di dalam Google Analytics , kita boleh mengenalpasti pengunjung dan trend  kunjungan tersebut. Ada pelbagai jenis pengunjung @ pelawat ke blog kita. Ada yang pengunjung pertama kali dan ada juga pengunjung tetap ke blog. Mana satu yang bagus? Pengunjung setia lagi bagus berbanding pengunjung baru? 2) Kadar lonjakan ( Bounce rate ) Kadar bounce yang rendah menunjukkan pengunjung blog melawat dan membaca isi kandungan di blog...

Cara Hilangkan Miang Batang Keladi

Image
As-salam, Sewaktu kecil-kecil dahulu, saya memang tak kisah makan batang keladi samada di masak asam ataupun lemak kuning. Lagipun stok keladi di rumah kami memang banyak, jadi ibu saya kerap masak batang keladi sebagai pilihan sayuran. Masa itu tak ada pula terasa gatal ataupun miang batang keladi yang kami masak. Nak tahu cara buang miang batang keladi? Untuk buang atau hilangkan miang batang keladi, buang kulit batang keladi sehingga tiada yang tersisa dan rebus selama 5 minit. Tos dan cuci semula batang keladi. Insya'Allah rasa gatal ataupun miang batang keladi apabila dimasak akan hilang. Selamat mencuba.  

Drama Korea I Miss You @ Missing You Lakonan Yoon Eun-Hye

Image
As-salam, Drama Korea I Miss You kini menjadi sebutan kerana pelakon wanitanya Yoon Eun-Hye sangat popular di negara kita dan juga di korea selatan. Bukan itu sahaja, Eun-Hye sangat pemurah dan beliau berjaya menyelesaikan misi kemanusiaannya ke luar negara melalui sebuah rancangan realiti, Road To Hope. Rancangan tersebut adalah kunjungan para selebriti terkenal korea ke negara-negara miskin bagi berkongsi penderitaan mereka dengan orang luar.  Maklumat tayangan I Miss You:      Jumlah episod : 21 Dibintangi : Park Yoo-Chun (sebagai Han Jung-Woo)                   Yoon Eun-Hye (sebagai Lee Soo-Yeon/ Joy)                   Yoo Seong-Ho (sebagai Kang Hyung-Joon/ Harry)                   Jang Mi In Nae (sebagai Kim Eun Joo) Tarikh tayangan di TV 9: Setiap Isnin & Selasa (9:30 hingga 10:30 mlm)  Sinopsis Drama Korea I Miss Yo...

MAS Sertai Gabungan Oneworld Mulai 1 Februari 2013

Image
As-salam, Sejak diwar-warkan di TV mengenai satu perubahan besar akan berlaku pada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) , saya tertunggu-tunggu juga. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan besar tersebut? Siap buat berita 'tergempar' gitu..rupa-rupanya syarikat terulung negara sertai rangkaian Oneworld. Apa itu oneworld?   Oneworld adalah salah satu daripada tiga kesatuan penerbangan terbesar di dunia. Ia diuruskan oleh Oneworld Management Company, yang berpengkalan di New York City, New York, US. Oneworld diasaskan pada tahun 1999 oleh American Airlines, British Airways, Canadian Airlines,Cathay Pacific, dan Qantas. Slogan Oneworld adalah "Oneworld revolves around you". Di dalam kesatuan ONEWORLD mempunyai 12 syarikat penerbangan terkenal di dunia dan melaluinya, para pelanggan MAS boleh menempah tiket yang ada di dalam kesatuan ONEWORLD melalui MAS. Jadi, ia sebenarnya memudahkan urusan tempahan tiket ke destinasi pilihan kita.  Senarai 12 syarikat penerbangan di ...

Semakan Kemasukan MRSM 2013 Tingkatan 1 & 4

Image
As-salam,   Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2013  dijangka pada akhir bulan Januari 2013. Melalui website Mara, mereka memaklumkan bahawa keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 boleh diketahui pada akhir bulan Januari 2013. Ibu bapa boleh menyemak pada laman web Mara dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tarikh sebenar. Kemaskini artikel Terkini (4/2/2013): SEMAKAN Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Ke Tingkatan 1 Tahun 2013 boleh dilayari mulai 4/2/2013 melalui alamat berikut:   http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp atau  semakan boleh dibuat melalui perkhidmatan  mySMS  : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888 **** HANYA bagi kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE tahun 2013, calon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui  mySMS DAPAT 15888 . Keputusan melalui SMS ini telah diedarkan mulai semalam (8/1/2013) dan kemasukan pendaftaran ke MRSM terpilih akan be...

Solat Terapi Jiwa Yang Paling Berkesan

Image
As-salam, Solat adalah tiang agama. Solat juga adalah satu cara buat kita mendisplinkan diri dalam menjalani kehidupan sehari-hari sebagai makhluk yang bergelar insan. Jika kita dah biasa bersolat dalam waktunya, kita akan rasa tak tenteram jika belum bersolat. Kita rasa macam ada yang tak kena dengan aktiviti yang kita lakukan. Ada tak korang rasa macam itu? Melalui sebuah akhbar beberapa hari lepas, saya ada terbaca di dalamnya ada menyebut bahawa solat juga merupakan terapi jiwa yang paling berkesan. Bagaimana ia menjadi sedemikian mujarab untuk merawat jiwa kita. Mari kita hayati dan renungkan bersama-sama. sumber google 1) Solat yang diwajibkan kepada kita sebenarnya mengandungi hikmah yang tersembunyi . Dengan melakukan solat yang menurut tata cara dan tuntutan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w membawa kita ke daerah yang bernama khusyuk. 2) Solat juga dapat membuatkan seseorang itu rasa tenang,tenteram dan damai . Sekiranya jiwa merasa sedih atau sesuatu perkara yang membuatkan j...

Kedudukan Alexa Rank Dan Pagerank aynoranur.com

Image
As-salam, Blog aynoranur.com kini berada pada kedudukan Alexa Rank bawah 1 juta iaitu setakat hari ini (2/2/2013) pada 669,834. Jika setahun lepas, blog ini berada pada kedudukan 62,000,521 (hmm banyaknya...). Berkat usaha dan meniti satu persatu anak tangga kepayahan, kekangan masa, sifat malas, ketandusan idea dan pelbagai masalah sampingan, akhirnya blog ini mampu bertahan. Rahsianya?? Sifat sabar, rajin cari dan belajar dari orang lain, banyak membaca dan tentu sekali mesra rakan blogger... Pagerank blog aynoranur.com pula pada PR2 dan insya'Allah akan diperbaiki dari masa ke semasa. Blog aynoranur.com 'cover' semua berita dan info semasa untuk bacaan umum. Dan saya pun peminat drama-drama korea, jadi jangan jemu ke blog ini kerana saya akan sentiasa ada artikel/entry berkaitan dengan drama-drama korea, samada yang lama ataupun baru...hihi Tidak ketinggalan blog ini juga berkongsi resepi dan doa-doa harian yang sering kita amalkan tetapi kadangkala terlupa juga...pe...

Sinopsis Drama Korea City Hunter

Image
As-salam, Tentu anda semua suka menyaksikan drama korea City Hunter lakonan hebat Lee Min Ho . Ingat tak lagi dia berlakon drama korea Boys Over Flowers? Dialah hero korea kegemaran saya sekarang. Untuk info, drama korea ini sedang ditayangkan di TV8 setiap Isnin - Jumaat (dari pukul 8:30 malam).    Sinopsis Drama Korea City Hunter Lee Yoon-Sung ( Lee Min-Ho ) bekerja di Blue House sebagai pasukan rangkaian komunikasi kebangsaan (National Communication Network Team). Dia adalah pelajar cemerlang lulusan M.I.T. di U.S. dan memiliki kepakaran sebagai jurutera I.T. Di Blue House, Yoon-Sung bertemu dengan Kim Na-Na ( Park Min-Young ), yang bekerja sebagai pengawal peribadi. Kedua-duanya lalu jatuh cinta walaupun sebenarnya Yoon-Sung telah diberi amaran tentang perkara tersebut. Rancangan diatur adalah untuk misi membalas dendam.. 7 tahun kemudian, Lee Yun-Sung pulang ke Korea Selatan. Dia telah diberikan amaran oleh Lee Jin-Pyo agar tidak jatuh cinta dengan mana-mana wanita kera...

Senarai Kedai Rakyat 1Malaysia di Seluruh Negeri Di Malaysia

Image
As-salam, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diuruskan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) mempunyai matlamat yang murni dalam membantu golongan berpendapatan sederhana mendapatkan barangan yang berkualiti tetapi berharga murah. Untuk kemudahan orang ramai, saya senaraikan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh Malaysia mengikut negeri yang terlibat. 1) Johor  Pekan Rabu, Tampoi , Alamat : Address: Lot-48-Lot 55, Aras 1,Kompleks Pekan Rabu, Jalan Skudai, 81200   Tampoi, Johor Bahru Taman Johor Jaya , Alamat: No.36 & 38, Jalan Rosmerah Square,Taman Johor Jaya, 81100, Johor, Johor Bahru, 81100, Phone: 07-354 2722  Taman Bukit Pasir, Muar , Alamat :  No. 1-21, Jalan Panchor, Taman Bukit Pasir, 84300 Muar, Johor,  No Telephone: 06-3542722, Fax : 06-9850671 Pontian , Alamat : No 911 & 912, Jalan Bakek, 82000 Pontian, Johor Mersing, Johor , Alamat :  No. 15,16 & 17, Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai,...

Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 2

Image
As-salam, Sebagai sambungan kepada artikel  Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 1 , di sini saya kongsikan doa doa asmaul husna 99 nama Allah. Semoga perkongsian ini menambahkan himpunan doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ya Allah, ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki. Ya Allah, ya Fattah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesulitan kami. Ya Allah, ya A’liem, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Engkau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Engkau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Engkau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jaugk...

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online di UTM

Image
  Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza. Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM. Kekosongan jawatan seperti berikut: Bil. Tarikh Iklan Tarikh Tutup No Siri Jawatan Tajuk Jawatan Lokasi Taraf Jawatan 1 29-01-2013 11-02-2013 20130129JA17A JURUTEKNIK (JA17) KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK 2 29-01-2013 11-02-2013 20130129KP11A PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK 3 29-01-2013 11-02-2013 20130129NA17F PENYELIA ASRAMA (NA17) KUALA LUMPUR KONTRAK 4 29-01-2013 11-02-2013 20130129RA01D PEKERJA AM (RA01) KUALA LUMPUR TETAP 5 29-01-2013 11-02-2013 20130129SA17E PEMBANTU HAL EHWAL ISLA...

Resepi Puding Jagung Ringkas

Image
As-salam, Saya memang meminati kuih puding jagung. Sewaktu kecil dahulu, saya dapat merasa kuih puding jagung ini apabila ibu saya mahu memberi kuih untuk sesuatu majlis kenduri ataupun majlis perkahwinan jiran tetangga. Kuih puding juga sesuai sebagai makanan pencuci mulut. Resepi Puding Jagung Ringkas   Bahan-bahannya: 1 cawan gula 1 tin jagung tanpa krim 1 cawan tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 1/3 cawan susu cair 3 suku cawan santan Sedikit garam Cara membuatnya: Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (seperti kelihatan pekat dan berminyak). Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk. p/s: Jangan risau, kan saya dah kata ringkas...so, memang ringkas kan?

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)

Image
As-salam, Apakah Simpanan Persaraan 1 Malaysia ataupun singkatannya SP1M? Siapakah yang layak membuat simpanan ini? Apakah manfaat atau faedah yang diperolehi apabila anda menyertai skim ini? Tujuan SP1M adalah sebagai satu saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri atau mereka yang tiada  pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan dan menzahirkan keprihatinan kerajaan kepada golongan ini melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Mereka yang layak menyertai SP1M adalah mana-mana individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, petani, nelayan, perunding bebas, golongan profesional dan lain-lain, surirumah, dan kakitangan perkhidmatan awam yang telah diletakkan di bawah taraf berpencen . Berapa kadar caruman SP1M Caruman SP1M adalah tertakluk kepada kemampuan individu itu sendiri. Anda boleh mencarum secara sukarela pada bila-bila masa dengan jumlah minimum sebanyak RM50 . Mulai 1 Januari 2013, simpanan mak...

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1

Image
As-salam, Doa-doa Asmaul Husna iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. Allah s.w.t. telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan. Dikatakan apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah, Allah s.w.t. akan merasa malu kalau Dia tidak kabulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta. Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin. Ya Allah, dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat –Mu, sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu. Ya Allah, kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu, Engkaulah Maha Agung dan Maha segala-galanya. 1) al-Rahman, al-Rahim Ya Allah, dengan nama-Mu ...

Cara Tukar Ganti Mykad Secara Online

Image
As-salam, Pihak JPN telah memperkenalkan Sistem Gantian Mykad secara online bagi memudahkan rakyat Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kerosakan, kecurian ataupun penggantian biasa mykad. Sistem Gantian Mykad ini boleh dilakukan dengan layari portal JPN seperti berikut: Layari Portal JPN ( http://www.jpn.gov.my ) Klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan Dalam Talian Pengguna akan dibawa ke alamat http://mykadganti.jpn.gov.my/login.php Paparan laman utama sistem adalah seperti yang tertera di bawah. Klik gambar untuk besarkan   Seterusnya ikuti arahan yang diberikan dan standby kad kredit di sebelah anda supaya urusan pendaftaran gantian mykad secara online dapat berjalan lancar. Sistem Gantian Mykad secara online hanya beroperasi pada waktu tertentu, bukannya 24 jam. Harap maklum. MAKLUMAN WAKTU URUSAN GANTIAN MYKAD SECARA ONLINE Pembayaran melalui kad kredit sahaja.  Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN: - Isn...

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

Image
As-salam, Semasa ada peluang bw, buka blog dan baca blog kekawan ni, saya join satu segmen oleh blogger EcaDwinky Asha ..hrm...susah namanya...hihi, yang penting join! Klik banner pink di bawah untuk sertai bersama-sama.. Ada hadiah saguhati untuk yang bertuah. Yang penting blog kita tersenarai dalam bloglist Eca... TARIKH TUTUP : 31 JANUARI 2013 "Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan  ecadwinkyasha.com " p/s : Selamat memeriahkan segmen yea...t/kasih!

Resepi Ayam Goreng Merah

Image
As-salam, Hari minggu macam ni, memanglah selalu buat kaum wanita dan ibu pening kepala. Bukannya apa, bila tiba masak tengahari, tercari-cari menu apa nak disediakan. Belek buku resepi, jangan cakaplah...dari kulit depan sampai kulit belakang habis dah hafal, tapi satu resepi pun tak sangkut. Akhirnya yang ada...ado!! Tadi saya siapkan menu simple aje sebab barang dapur pun tinggal tak banyak. Saya pun buat resepi ringkas  yang semua orang boleh tiru. Namanya Resepi Ayam Goreng Merah . Sebab apa warna merah? Sebab guna serbuk cili sebagai pewarna macam kat kedai mamak tu...hih..   Gambar hiasan Resepi Ayam Goreng Merah Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam dipotong sederhana 2 ulas bawang putih 2 sudu serbuk kunyit 1 inci halia 2 sudu gula 1 sudu tepung jagung 5 sudu tepung gandum 1 biji telur garam  Cara membuatnya : Bawang putih, halia, kunyit dan garam ditumbuk lumat. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan ayam. Masukkan sekali gula pasir dan gaul rata.  Perap ayam yang su...

Cara Buat Donat & Kek Lebih Lembut

Image
As-salam, Teringat untuk buat breakfast yang mudah pagi ini. Jadi saya rasa buat donat lebih senang. Terus teringat pesan mak mertua, masukkan sedikit kentang rebus dalam adunan donat supaya ia tak keras. Kalau tidak, boleh buat baling ke dinding...hihi Cara Agar Donat & Kek Lebih Lembut    gambar ihsan google Bagi mengelakkan donat atau kek menjadi keras , terlebih dahulu jemur tepung gandum di bawah cahaya matahari. Tekstur tepung akan menjadi lebih ringan dan adunan akan lebih lembut. Untuk donat pula, campurkan dua atau tiga potong kentang yang telah direbus dan dilenyek terlebih dahulu ke dalam bancuhan/adunan. Donat akan lembut biarpun telah sejuk. Jom makan donat, yummy!!

Sinopsis Drama Korea My Princess

Image
As-salam, Artikel ini saya tulis setelah menonton Drama Korea bertajuk My Princess di 8TV. Cerita ini pernah ditayangkan oleh 8TV pada tahun 2012 (kalau tak silap...). Saya amat meminati watak utama yang pegang peranan sebagai puteri iaitu Kim Tae-Hee. Dia amat berbakat, comel, sesuai dengan semua hero yang digandingkan. Pertama kali saya melihat Kim Tae -Hee berlakon adalah dalam drama korea yang bertajuk, Love Story In Havard.   Sinopsis Drama Korea My Princess Seorang pelajar kolej, Lee Seol (Kim Tae-hee), mendapati dirinya seorang puteri dan cucu kepada Maharaja terakhir Dinasti Joseon, iaitu Maharaja Sunjong. Cucu kepada Daehan Group pula, Park Hae-young (Song Seung-hun), telah di berikan mandat untuk mendidik Seol tentang cara dan etika yang betul bagi membolehkannya memenuhi tanggungjawab sebagai seorang puteri. Bagaimanapun, Hae-young berada dalam keadaan yang serba salah dan agak sukar kerana dia telah jatuh cinta kepada Seol, gadis yang akan merampas kekayaannya jika pe...