Resepi Puding Jagung Ringkas
As-salam,
Saya memang meminati kuih puding jagung. Sewaktu kecil dahulu, saya dapat merasa kuih puding jagung ini apabila ibu saya mahu memberi kuih untuk sesuatu majlis kenduri ataupun majlis perkahwinan jiran tetangga. Kuih puding juga sesuai sebagai makanan pencuci mulut.
Cara membuatnya:
Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (seperti kelihatan pekat dan berminyak). Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk.
p/s: Jangan risau, kan saya dah kata ringkas...so, memang ringkas kan?

Bahan-bahannya:
- 1 cawan gula
- 1 tin jagung tanpa krim
- 1 cawan tepung kastard
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/3 cawan susu cair
- 3 suku cawan santan
- Sedikit garam
Cara membuatnya:
Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (seperti kelihatan pekat dan berminyak). Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk.
p/s: Jangan risau, kan saya dah kata ringkas...so, memang ringkas kan?
Comments
Post a Comment