Posts

Showing posts from January, 2013

Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 2

Image
As-salam, Sebagai sambungan kepada artikel  Doa Doa Asmaul Husna 99 Nama Allah - Bahagian 1 , di sini saya kongsikan doa doa asmaul husna 99 nama Allah. Semoga perkongsian ini menambahkan himpunan doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ya Allah, ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki. Ya Allah, ya Fattah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesulitan kami. Ya Allah, ya A’liem, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Engkau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Engkau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Engkau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jaugk...

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online di UTM

Image
  Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza. Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM. Kekosongan jawatan seperti berikut: Bil. Tarikh Iklan Tarikh Tutup No Siri Jawatan Tajuk Jawatan Lokasi Taraf Jawatan 1 29-01-2013 11-02-2013 20130129JA17A JURUTEKNIK (JA17) KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK 2 29-01-2013 11-02-2013 20130129KP11A PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK 3 29-01-2013 11-02-2013 20130129NA17F PENYELIA ASRAMA (NA17) KUALA LUMPUR KONTRAK 4 29-01-2013 11-02-2013 20130129RA01D PEKERJA AM (RA01) KUALA LUMPUR TETAP 5 29-01-2013 11-02-2013 20130129SA17E PEMBANTU HAL EHWAL ISLA...

Resepi Puding Jagung Ringkas

Image
As-salam, Saya memang meminati kuih puding jagung. Sewaktu kecil dahulu, saya dapat merasa kuih puding jagung ini apabila ibu saya mahu memberi kuih untuk sesuatu majlis kenduri ataupun majlis perkahwinan jiran tetangga. Kuih puding juga sesuai sebagai makanan pencuci mulut. Resepi Puding Jagung Ringkas   Bahan-bahannya: 1 cawan gula 1 tin jagung tanpa krim 1 cawan tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 1/3 cawan susu cair 3 suku cawan santan Sedikit garam Cara membuatnya: Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (seperti kelihatan pekat dan berminyak). Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk. p/s: Jangan risau, kan saya dah kata ringkas...so, memang ringkas kan?

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)

Image
As-salam, Apakah Simpanan Persaraan 1 Malaysia ataupun singkatannya SP1M? Siapakah yang layak membuat simpanan ini? Apakah manfaat atau faedah yang diperolehi apabila anda menyertai skim ini? Tujuan SP1M adalah sebagai satu saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri atau mereka yang tiada  pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan dan menzahirkan keprihatinan kerajaan kepada golongan ini melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Mereka yang layak menyertai SP1M adalah mana-mana individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, petani, nelayan, perunding bebas, golongan profesional dan lain-lain, surirumah, dan kakitangan perkhidmatan awam yang telah diletakkan di bawah taraf berpencen . Berapa kadar caruman SP1M Caruman SP1M adalah tertakluk kepada kemampuan individu itu sendiri. Anda boleh mencarum secara sukarela pada bila-bila masa dengan jumlah minimum sebanyak RM50 . Mulai 1 Januari 2013, simpanan mak...

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1

Image
As-salam, Doa-doa Asmaul Husna iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. Allah s.w.t. telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan. Dikatakan apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah, Allah s.w.t. akan merasa malu kalau Dia tidak kabulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta. Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin. Ya Allah, dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat –Mu, sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu. Ya Allah, kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu, Engkaulah Maha Agung dan Maha segala-galanya. 1) al-Rahman, al-Rahim Ya Allah, dengan nama-Mu ...

Cara Tukar Ganti Mykad Secara Online

Image
As-salam, Pihak JPN telah memperkenalkan Sistem Gantian Mykad secara online bagi memudahkan rakyat Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kerosakan, kecurian ataupun penggantian biasa mykad. Sistem Gantian Mykad ini boleh dilakukan dengan layari portal JPN seperti berikut: Layari Portal JPN ( http://www.jpn.gov.my ) Klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan Dalam Talian Pengguna akan dibawa ke alamat http://mykadganti.jpn.gov.my/login.php Paparan laman utama sistem adalah seperti yang tertera di bawah. Klik gambar untuk besarkan   Seterusnya ikuti arahan yang diberikan dan standby kad kredit di sebelah anda supaya urusan pendaftaran gantian mykad secara online dapat berjalan lancar. Sistem Gantian Mykad secara online hanya beroperasi pada waktu tertentu, bukannya 24 jam. Harap maklum. MAKLUMAN WAKTU URUSAN GANTIAN MYKAD SECARA ONLINE Pembayaran melalui kad kredit sahaja.  Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN: - Isn...

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

Image
As-salam, Semasa ada peluang bw, buka blog dan baca blog kekawan ni, saya join satu segmen oleh blogger EcaDwinky Asha ..hrm...susah namanya...hihi, yang penting join! Klik banner pink di bawah untuk sertai bersama-sama.. Ada hadiah saguhati untuk yang bertuah. Yang penting blog kita tersenarai dalam bloglist Eca... TARIKH TUTUP : 31 JANUARI 2013 "Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan  ecadwinkyasha.com " p/s : Selamat memeriahkan segmen yea...t/kasih!

Resepi Ayam Goreng Merah

Image
As-salam, Hari minggu macam ni, memanglah selalu buat kaum wanita dan ibu pening kepala. Bukannya apa, bila tiba masak tengahari, tercari-cari menu apa nak disediakan. Belek buku resepi, jangan cakaplah...dari kulit depan sampai kulit belakang habis dah hafal, tapi satu resepi pun tak sangkut. Akhirnya yang ada...ado!! Tadi saya siapkan menu simple aje sebab barang dapur pun tinggal tak banyak. Saya pun buat resepi ringkas  yang semua orang boleh tiru. Namanya Resepi Ayam Goreng Merah . Sebab apa warna merah? Sebab guna serbuk cili sebagai pewarna macam kat kedai mamak tu...hih..   Gambar hiasan Resepi Ayam Goreng Merah Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam dipotong sederhana 2 ulas bawang putih 2 sudu serbuk kunyit 1 inci halia 2 sudu gula 1 sudu tepung jagung 5 sudu tepung gandum 1 biji telur garam  Cara membuatnya : Bawang putih, halia, kunyit dan garam ditumbuk lumat. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan ayam. Masukkan sekali gula pasir dan gaul rata.  Perap ayam yang su...

Cara Buat Donat & Kek Lebih Lembut

Image
As-salam, Teringat untuk buat breakfast yang mudah pagi ini. Jadi saya rasa buat donat lebih senang. Terus teringat pesan mak mertua, masukkan sedikit kentang rebus dalam adunan donat supaya ia tak keras. Kalau tidak, boleh buat baling ke dinding...hihi Cara Agar Donat & Kek Lebih Lembut    gambar ihsan google Bagi mengelakkan donat atau kek menjadi keras , terlebih dahulu jemur tepung gandum di bawah cahaya matahari. Tekstur tepung akan menjadi lebih ringan dan adunan akan lebih lembut. Untuk donat pula, campurkan dua atau tiga potong kentang yang telah direbus dan dilenyek terlebih dahulu ke dalam bancuhan/adunan. Donat akan lembut biarpun telah sejuk. Jom makan donat, yummy!!

Sinopsis Drama Korea My Princess

Image
As-salam, Artikel ini saya tulis setelah menonton Drama Korea bertajuk My Princess di 8TV. Cerita ini pernah ditayangkan oleh 8TV pada tahun 2012 (kalau tak silap...). Saya amat meminati watak utama yang pegang peranan sebagai puteri iaitu Kim Tae-Hee. Dia amat berbakat, comel, sesuai dengan semua hero yang digandingkan. Pertama kali saya melihat Kim Tae -Hee berlakon adalah dalam drama korea yang bertajuk, Love Story In Havard.   Sinopsis Drama Korea My Princess Seorang pelajar kolej, Lee Seol (Kim Tae-hee), mendapati dirinya seorang puteri dan cucu kepada Maharaja terakhir Dinasti Joseon, iaitu Maharaja Sunjong. Cucu kepada Daehan Group pula, Park Hae-young (Song Seung-hun), telah di berikan mandat untuk mendidik Seol tentang cara dan etika yang betul bagi membolehkannya memenuhi tanggungjawab sebagai seorang puteri. Bagaimanapun, Hae-young berada dalam keadaan yang serba salah dan agak sukar kerana dia telah jatuh cinta kepada Seol, gadis yang akan merampas kekayaannya jika pe...

Tahun Baru Cina 2013 Tahun Ular

Image
Salam 1Malaysia, Artikel ini saya tulis sebagai perkongsian dengan kawan-kawan dan pembaca blog di luar sana yang kurang faham tentang perayaan tahun baru cina bagi setiap kaum cina di negara kita. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Jadual Penentuan Tarikh & Haiwan Bagi Tahun Baru Cina Haiwan Dahan bumi Tarikh Tikus 子  zǐ 19 Februari   1996 7 Februari   2008 Lembu 丑  chǒu 7 Februari   1997 26 J...

Jadual Karnival KPT - Jom Masuk U Tahun 2013

Image
As-salam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini telah mula menganjurkan karnival pendidikan untuk para pelajar di luar sana mendapat pendedahan dan gambaran sebenar tentang kursus-kursus yang bersesuaian untuk para pelajar yang ditawarkan oleh universiti-universiti di seluruh Malaysia.   Jadual karnival KPT 2013 - Jom Masuk U di seluruh negeri seperti berikut:   Program ini khas untuk para lepasan SPM 2012 yang bakal mendapat keputusan sekitar bulan Mac 2013 dan masih tercari-cari maklumat dan hala tuju masa depan mereka. Semoga karnival Jom Masuk U KPT 2013 ini mendapat perhatian para pelajaar di luar sana. Buat keputusan dengan bijak ya adik-adik!

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Image
As-salam, Meriahkan segmen seorang blogger, KasihLestari. ..sesiapa berminat silalah layari blog beliau sambil klik banner di bawah.     Follower blog ini berjumlah 840 orang. Semoga bertambah jadi 900 orang menjelang bulan June nanti. Insya'Allah.. P/s : Mari tambah follower, join segmen dan baca artikel yang boleh memberi informasi..

Thesis Blogger Template Tambahkan Trafik Blog

Image
As-salam, Saya mula menukar template blog saya kepada Thesis Blogger Template daripada forblogger.net pada penghujung 2012. Jika dahulu sejak awal Oktober 2011 ketika saya mula berblog, saya menggunakan designer template by blogger dan juga custom template yang lain untuk kelihatan cantik dan sofistikated. Mungkin saya menukar template 2 bulan sekali untuk menukar citarasa.... Sejak saya menggunakan Thesis Blogger Template , perubahan ketara berlaku pada blog saya. Jika dahulu trafik sehari blog saya sekitar 400 - 500 pageviews, kini setakat hari ini, sehari blog aynoranur.com boleh mendapat 4,500 pageviews sehari. Inilah namanya perubahan yang positif dan jangan takut untuk berubah. Sebagai seorang yang amat minat berblog, saya rasa pembaca perlu tahu apa yang kita rasakan dan tuliskan. Jadi dengan pilihan tukar template yang lebih kemas dan orang kata mesra SEO , blog kita akan didatangi pembaca daripada pelosok dunia. 1) Print screen dari nuffnang untuk tempoh minggu ini (10...

Tips Dan Cara Mendapatkan Kempen CPUV Dari Nuffnang

Image
nuffnang yang begitu popular worldwide.. Tips Dan Cara Mendapatkan Kempen CPUV Dari Nuffnang As-salam, Banyak kali juga nuffnang menjawab persoalan kita tentang CPUV . Kenapakah blog kita tak layak mendapat kempen CPUV dari pengiklan melalui nuffnang? Apakah pihak nuffnang memainkan peranan terhadap blog yang patut mendapat CPUV ini? Biasanya pihak nuffnang akan jawab begini: Pengiklan yang pilih blog untuk kempen CPUV mereka berdasarkan banyak kriteria Blog yang memiliki target pembaca yang betul yang sesuai dengan iklan mereka Genre blog dan berblog Blog yang mempengaruhi ramai pembaca (influence), senang kata tentulah blog2 yang terkenal. Blogger dengan status Glitterati  juga akan diberikan keutamaan.  Jadi, untuk mendapat keistimewaan ini, blogger harus tahu di manakah meletakkan papan iklan yang betul, mengemaskini profail blogger dan kaji selidik di blog masing-masing. Bila semua kerja dah beres, sesekali hantar tiket pada nuffnang supaya mereka tahu kewujudan blog ...

Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit

Image
Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit - Madu lebah memiliki khasiat yang tersendiri dan ia merupakan bahan semulajadi yang dapat mengubati pelbagai penyakit. Dalam sebuah buku bernama Tib an-Nabawi, Ibnu Wayyim al-Jauzi memetik hadis Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda, maksudnya: " Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara iaitu madu lebah dan al-Quran." Dan lagi, mengikut kajian ramai doktor, madu lebah mengandungi beberapa vitamin dan zat galian penting. Antara yang telah disahkan dalam madu lebah mengandungi vitamin A, B-Complex, Vitamin C & E dan juga zat galian seperti kalsium, sulphur, fosforus, zat besi, karbon, magnasium, naterium,kalium, klorin, iodin, kufrum dan silica.   Bahan-han yang terdapat di dalam madu lebah seperti dinyatakan tadi bertindak sebagai: Makanan yang bernilai tinggi Makanan penjagaan kesihatan Ubat kepada pelbagai penyakit Istimewa Madu Lebah Sebagai Penawar Penyakit Dalam kitab Tib an-Nabawi tadi juga dinyatakan tujuh (7) kei...

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Image
As-salam, Sebentar tadi kita orang baru habis makan di satu restoran. Macam-macam jugak yang kami order dan saya tergerak nak makan Nasi goreng tomyam . Test power, sedap tak nasi goreng tomyam dia. Sebabnya saya sudah selalu buat sendiri tetapi kini nak rasa masakan orang pulak. Bila makanan sampai, terus tak sabar suap nasi ke mulut. Alhamdulillah...rasanya sama seperti yang saya selalu buat. Nak tahu resepi nasi goreng tomyam ni? Jom tiru apa saya buat, very simple, friends!   Resepi Nasi Goreng Tomyam ( anggaran hidangan untuk 4 orang ) Bahan-bahan: 4 cawan nasi 1/2 batang serai (dihiris) 2 hiris tomato  helai daun limau purut (dihiris halus) 10 ekor udang 1 sudu besar perencah tomyam 1 sudu kecil gula 2 sudu kecil garam (ikut suka rasa) 2 ulas bawang putih Cara membuatnya: Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak Tumis bawang putih, dan perencah tomyam sehingga naik baunya Masukkan semua bahan-bahan yang telah dihiris bersama udang sehingga masak Masukkan nasi, gula da...

Cara Mudah Hilangkan Migrain

Image
As-salam, Ada tak korang kena migrain di hari Isnin yang penuh dengan warna-warna kelabu ni? Entah mengapa kadang-kadang migraine datangnya tanpa amaran, tup-tup diserangnya kita kiri dan kanan. Okeylah pembaca sekalian, jangan pening2 dengan migraine ni, kita cuba kurangkan migraine dengan cara yang akan say kongsikan. Ada banyak sebab kita boleh kena migrain, antaranya kurang tidur, terhidu asap rokok, tidak makan, perubahan cuaca dan lain-lain.   Cara Hilangkan Migrain Carikan sedikit kacang hijau, lada hitam dan garam kasar. Ketiga-tiga bahan tersebut diisi di atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini.    

Tayangan Drama Sehangat Asmara Di Astro Mustika HD

Image
As-salam, Drama bersiri Sehangat Asmara sebanyak 33 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui kita semua di Astro Mustika HD, saluran 134 bermula 21 Januari 2013, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.  Antara pelakon yang membintangi drama terdiri daripada pelakon hebat seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena dan ramai lagi.     Mampukah Drama Sehangat Asmara ini menandingi kehebatan Adam & Hawa sehingga mencetuskan fenomena di kalangan pencinta drama-drama melayu? Bagi anda yang pernah membaca novel Sehangat Asmara, apakah harapan anda semua? Namun pada pendapat saya, gabungan pelakon utama Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai tunggak Drama Sehangat Asmara ini amat bertepatan dengan gambaran watak dan personaliti di dalam novelnya. Jadi, sedikit sebanyak ia mampu menarik ribuan peminat novel Sehangat Asmara menonton drama bersirinya pula.  Sinopsis Novel Sehangat Asmara Karya Aisya Sofea...