18 Cara Buat Backlink Dengan Mudah

As-salam,

Apa itu 'backlink'? Backlink adalah satu cara untuk kita bawa masuk semula link orang lain ke blog/web kita. Alamat blog kita letak di blog/web orang lain dan bawa balik trafik ke blog kita. Lebih kurang macam itulah dalam bahasa pasarnya. Kenapa kita perlukan backlink? Apa faedahnya kepada blog kita? Sebabnya, bila banyak link kita parking di blog orang lain, secara tidak langsung ataupun secara langsung, boleh bawa trafik ke blog kita. Mungkin juga lebih ramai pembaca yang akan singgah di blog kita.

Mengikut kata Mr Wikipedia, backlinks, also known as incoming links, inbound links, inlinks, and inward links, are incoming links to a website or web page. In basic link terminology, a backlink is any link received by a web node (web page, directory, website, or top level domain) from another web node.

Ada banyak cara nak buat backlink. Saya kongsikan 18 cara mudah untuk buat backlink. Jom baca dan manfaatkan bersama...

18 Cara Buat Backlink Dengan Mudah
  1. Komen di blog orang lain
  2. Post di forum-forum
  3. Berikan nasihat percuma 
  4. Buat link antara satu page ke page yang lain (post-post terdahulu)
  5. Menawarkan diri jadi penulis jemputan di blog orang lain yang lebih terkenal
  6. Letakkan Rss feeds di blog/web
  7. Gunakan perkhidmatan Ping!
  8. Gunakan blog-blog medium percuma, buat blog baru untuk menarik ramai pengunjung
  9. Bina hub pages - cabang pages dengan masukkan link daripada web terkenal seperti Amazon, e-Bay dsb.
  10. Berkongsi maklumat di web-web wikipedia terkenal
  11. Hantar artikel di Article Directory
  12. Tulis siaran akhbar (press release)
  13. Cipta senarai tentang blog orang lain yang sudah terkenal, contohnya 100 blogger terkenal di Malaysia dan masukkan link mereka
  14. Hantar artikel pada kumpulan berita (newsgroup)
  15. Tukar-tukar review blog orang lain
  16. Reka template percuma
  17. Reka widget/gadget terbaru
  18. Buat video/muat turun video secara percuma 

 


Kalau ada yang nak tambah silakan, ini pun saya ambil dan campurkan dari web-web SEO yang biasa gunakan cara-cara backlink di atas.  


p/s: Saya biasa buat yang 'bold' kat atas tu, jadi saya ni pun belum cukup syarat buat backlink seperti yang dicadangkan. Masa tak cukup dan kadang-kadang kurang yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesetengah blog/web...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1