Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir Dan Ramalan Pemenang
As-salam,
Lima kumpulan yang layak ke final MLM 2012 seperti JOZAN, SHIRO, JAMBU, SAYWHO & BOBOI kini sedang bersiap sedia menghadapi pertarungan akhir dalam MLM 2012 malam nanti. Malam nanti semua peserta akan membuat 2 persembahan dengan tema Musical & Free Style.
Mari kita buat ramalan dan congak2 siapa yang akan bawa balik wang kemenangan hampir setengah juta itu. MLM 2012 juga ditaja khas oleh sabun pencuci Daia...
1) JOZAN
Kemungkinan JOZAN menjadi juara hampir jadi kenyataan. Hanya ketentuan Tuhan sahaja yang boleh menafikan gelaran juara milik Jozan. Undian SMS tiap minggu masih diungguli oleh Jozan walaupun dua minggu kebelakangan hanya Zizan beraksi solo. Kumpulan Jozan ada kedua-duanya iaitu bakat dan populariti. Kalau Jozan jadi juara, wang hadiah kemenangan mungkin dibahagia tidak sama rata...hihi
2) SHIRO
Kumpulan SHIRO kurang konsisten pada permulaan MLM 2012 tetapi populariti mereka naik sedikit demi sedikit hingga mendapat kepercayaan penonton. Lawak bersahaja, penuh sindiran dan persembahan yang mantap menjadikan Shiro jadi pilihan kedua di belakang Jozan. Jikalau malam nanti mereka membuat persembahan yang penuh lawak, mempunyai tema yang kuat dan dekat dengan penonton, mungkin juga mereka boleh menewaskan kumpulan Jozan. Kita tunggu saja...
3) JAMBU
Kumpulan JAMBU juga kumpulan pelawak otai yang lahir dari program Raja Lawak 1. Kalau diikutkan mereka juga lahir dari tahun yang sama dengan Zizan dan Johan (JOZAN) tetapi mungkin kerana kurang rupa paras dan personaliti, mereka agak lambat popular. Demi semangat dan cintakan bidang lawak, akhirnya mereka masih lagi berada dalam industri. Ramalan saya, kumpulan ini akan berada di belakang Jozan ataupun samada pada kedudukan ketiga ataupun keempat. Apa-apa pun boleh berlaku. Kumpulan Jambu menampilkan lawak yang ringkas dan banyak permainan tubuh badan daripada dailog. Kadang-kadang membosankan juga...
4) SAYWHO & BOBOI
Kedua-dua kumpulan yang menampilkan tiga anggota mungkin mempunyai sama rata samada berada di tangga empat ataupun ke lima persaingan MLM 2012 akhir malam nanti. Tetapi jika kumpulan Boboi & Saywho boleh membuat kejutan dan lawak yang bermutu tetapi masih diminati dan disukai oleh pengundi, mereka boleh juga menewaskan kumpulan lain.
Mengikut ramalan aynoranur.com, berikut carta kemenangan malam nanti,
JOZAN >> SHIRO >> JAMBU >> SAYWHO >> BOBOI
Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir juga ditayangkan di kedua-dua saluran Astro Warna & Astro Mustika HD
Comments
Post a Comment