Thesis Blogger Template Tambahkan Trafik Blog

As-salam,

Saya mula menukar template blog saya kepada Thesis Blogger Template daripada forblogger.net pada penghujung 2012. Jika dahulu sejak awal Oktober 2011 ketika saya mula berblog, saya menggunakan designer template by blogger dan juga custom template yang lain untuk kelihatan cantik dan sofistikated. Mungkin saya menukar template 2 bulan sekali untuk menukar citarasa....

Sejak saya menggunakan Thesis Blogger Template, perubahan ketara berlaku pada blog saya. Jika dahulu trafik sehari blog saya sekitar 400 - 500 pageviews, kini setakat hari ini, sehari blog aynoranur.com boleh mendapat 4,500 pageviews sehari. Inilah namanya perubahan yang positif dan jangan takut untuk berubah. Sebagai seorang yang amat minat berblog, saya rasa pembaca perlu tahu apa yang kita rasakan dan tuliskan. Jadi dengan pilihan tukar template yang lebih kemas dan orang kata mesra SEO, blog kita akan didatangi pembaca daripada pelosok dunia.


1) Print screen dari nuffnang untuk tempoh minggu ini (10,466 pageviews)



2) Printscreen dari nuffnang untuk tempoh minggu lepas (4,086 pageviews)

 

Sebagai seorang blogger baru 1 tahun 3 bulan buat blog ini, saya rasa perlu untuk berkongsi dengan korang yang ada di luar sana agar berubah untuk kebaikan. Jangan risau jika blog anda tidak lagi berwarna warni selepas ini, kerana dengan Thesis Blogger Template kita pun boleh buat blog yang cantik. Yang penting ambil kepakaran SEO yang ada dalam TFB/TBT ini.

p/s: Sayang sekiranya ilmu-ilmu yang kita ada tak dapat dibaca oleh orang yang sedang mencari-cari diluar sana. Mungkin kita ada sesuatu ilmu yang orang lain tiada, sharing is loving, means caring for all...   

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1