8 Cara Pemakanan Untuk Mendapatkan Kulit Dan Rambut Yang Cantik

As-salam,

Tentu ada kalangan kita yang menghadapi masalah kulit dan rambut kering. Adakalanya kita menggunakan macam-macam alat solek dan jenama kecantikan yang memerlukan kos yang tinggi. Saya nak kongsikan sedikit panduan pemakanan yang boleh membantu menjaga kulit dan rambut kita secara semulajadi dan tulen. Haha...jangan jadi palsu, okeh!

8 Cara Pemakanan Untuk Mendapatkan Kulit Dan Rambut Yang Cantik

1) Mengambil sayuran hijau seperti bayam yang kaya dengan zat dan antioksidan. Ia juga penuh dengan lutein (kalau tak tau, refer to En google yer..) iaitu zat yang mampu menjaga kesihatan mata. Bayam juga sumber yang kaya dengan vitamin B, C dan E serta potasium, kalsium, zat besi, magnesium dan asid lemak omega-3.

 

2) Tiram. Ia juga salah satu makanan yang membolehkan kita memiliki kulit cantik kerana ia kaya dengan zink yang membantu memulihkan serta membantu penukaran sel kulit. Zink juga menjaga kesihatan rambut, mata dan kuku.

3) Tomato. Lypocene yang ada dalam tomato lebih mudah diserap oleh tubuh apabila tomato dimasak atau diproses contohnya sos tomato, jus tomato atau tomato dalam tin. Ia juga baik untuk kulit dan rambut kerana lypocene tersebut bersifat antioksidan dan boleh lambatkan penuaan kulit.

4) Kacang walnut. Boleh dimakan begitu sahaja. Juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang boleh melembutkan kulit, rambut sihat, mata lebih terang dan tulang lebih kuat.

5) Buah kiwi. Ia penuh dengan vitamin C dan antioksidan, sekaligus membantu anjalkan kulit, menghalang kedutan, menguatkan tulang dan gigi.

6) Coklat. Coklat juga boleh memberi kebaikan kepada penampilan seseorang. Pilihlah coklat yang lebih gelap kerana ia kurang gula dan lebih kaya dengan kandungan coklatnya. Selain membantu kulit lebih lembap, coklat juga menjaga kulit daripada kerosakan akibat selaran matahari.

7) Yogurt. Secawan yogurt rendah lemah mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding satu cawan susu tanpa lemak, bagus untuk postur tubuh, kuku dan gigi. Boleh dimakan sebagai sarapan dan dicampurkan dengan buah-buahan segar.

8) Keledek. Ia baik kerana keledek memberikan nutrien terbaik untuk kulit dan rambut kerana kaya dengan beta karotena atau vitamin A, sejenis antioksidan yang melawan penuaan.


Semoga perkongsian tips-tips dan menu sihat di atas dapat mengembalikan keyakinan diri kita untuk tampil sihat dan menawan.

p/s: Menjaga kesihatan tubuh badan juga satu ibadah...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1