Doa Dan Adab Ketika Makan
As-salam,
Perkara yang nak saya kongsikan mungkin dianggap remeh bagi semua orang kerana ia perkara yang kita lakukan sehari-hari. Tetapi jika perkara remeh yang silap tidak diperbetulkan boleh merosakkan umat dan kelakuan kita juga. Untuk panduan dan sebagai peringatan untuk diri sendiri, saya kongsikan doa makan dan adab-adab ketika makan.
ANTARA ADAB-ADAB MAKAN

DOA KETIKA HENDAK MAKAN
DOA SELEPAS MAKAN
ANTARA ADAB-ADAB MAKAN
- Membasuh tangan sebelum makan.
- Membaca Bismillah...
- Memulakan dengan bacaan doa ringkas atau panjang ...terpulang
- Makan dan minum dengan tangan kanan
- Mengambil makanan yang dekat dengan kita terlebih dahulu
- Mula makan makanan yang ditepi pinggan terlebih dahulu
- Duduk dengan tertib ketika makan
- Tidak berbual-bual ketika makan, apabila mulut penuh dengan makanan
- Berhenti makan sebelum kenyang - tidak makan terlalu banyak
- Membaca doa selepas makan
- Membasuh tangan dengan sabun selepas makan
- Mengemaskan meja makan
- Menolong membantu mencuci pinggan mangkuk
Oleh sebab itu kita digalakkan melakukan yang Sunnah dan meninggalkan yang tidak elok untuk kebaikan kita sendiri. Setiap larangan ataupun perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan haruslah ada sebab dan akibatnya. Pilihlah amalan yang menyenangkan diri sendiri. Kita punya akal, berfikir dahulu sebelum bertindak...
p/s: Sebenarnya benda yang mudah menjadi sukar apabila kita melentur buluh berbanding bermula daripada rebungnya...
Comments
Post a Comment