Akhirnya Terpaksa Melepaskan...

As-salam,

Seharian penat berkejar ke sana kemari, sesi pendaftaran, bayaran yuran, bertemu guru penasihat, sesi mencari bilik asrama dan akhirnya membantu mengemas dan menyusun baju ke dalam almari, hampir pukul 5 petang siap semuanya...kami terpaksa berpisah. Akhirnya kami melepaskan anak kami yang tercinta ke tangan para pendidik yang dedikasi untuk membimbing anak kami menjadi insan yang baik akhlak, bijaksana dan menjadi pemimpin masa depan dalam bidang yang diminatinya.


Gambar HERO BESAR kami ketika kecil..

Akhirnya HERO BESAR saya yang menginjak usia 13 tahun selamat kami tinggalkan di MRSM untuk dia mengejar cita-citanya. Alhamdulillah...urusan seharian berjalan lancar. Rentetan perjalanan hidupnya begitu indah seperti yang saya pernah catatkan,
Dalam perjalanan pulang, masing-masing tidak berkata, mungkin kerana sedih berpisah dengan HERO hati yang telah bersama kami selama 13 tahun. Encik Suami mengakui sedih melepaskan anaknya pada usia yang masih muda manakala saya hanya menangis dalam hati. Sedih memanglah sedih...tetap control.....

Catatan masa depan untuk anakku....
Dari usia kecil seawal umur 4 tahun kamu telah bertekad untuk menjadi seorang doktor. Sejak itu kamu tidak berganjak dengan cita-citamu. Apa saja pencapaian cemerlang dan luar dugaan telah kamu kecapi, tetapi ingatlah anakku, inilah langkah panjang kamu yang sebenar kerana selepas ini segala gifted dan kepandaian mu bukan lagi sekadar nasib baik tetapi kamu lah yang menentukan langkah dan hala tuju sebenar kehidupanmu. Tanpa kami ibu dan bapamu, kamu terajuilah hidup kamu dengan IMAN & ILMU...

Silakan anakku orakkan langkah dan menjadi kamu yang sebenar, bukan lagi di belakang bayang-bayang ibu dan bapamu...



p/s: Terfikir-fikir juga, apakah yang dia rasa apabila ditinggalkan sendirian begitu?

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Hanyir Udang Ketika Memasak

Senarai Kod Warna Untuk Blog Blogspot

Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah ~ Bahagian 1